• Laman Utama
  • Tentang Kami
  • Panduan kami

    Savings Calculator to calculate savings goals and basic savings projections

    Merancang Belanjawan

    Investment Returns Calculator to calculate investment returns, investment comparisons and investment portfolio simulator

    Simpanan & Pelaburan

    Guides to tackle financial debts in Malaysia for Free

    Menguruskan Hutang

    Free Guides on Choosing and purchasing a vehicle in Malaysia

    Membeli Kenderaan

    Free Guides on Purchasing a Home in Malaysia and avoiding crippling debt

    Membeli Rumah

    Free Guides On purchasing insurance in Malaysia safely

    Insurans

    Free guides to ensure a comfortable Retirement by planning your retirement

    Persaraan

    All Guides Icon

    Semua Panduan

  • Panduan kami
    • Merancang Belanjawan
    • Simpanan & Pelaburan
    • Membeli Rumah
    • Membeli Kenderaan
    • Menguruskan Hutang
    • Insurans
    • Persaraan
  • Kalkulator
  • Blog
  • Ambil Kuiz
    • English
    • Bahasa Malaysia
    Ada pertanyaan?
    hello@multiply.org.my
    DaftarLog masuk
    MultiplyMultiply
    • Laman Utama
    • Tentang Kami
    • Panduan kami

      Savings Calculator to calculate savings goals and basic savings projections

      Merancang Belanjawan

      Investment Returns Calculator to calculate investment returns, investment comparisons and investment portfolio simulator

      Simpanan & Pelaburan

      Guides to tackle financial debts in Malaysia for Free

      Menguruskan Hutang

      Free Guides on Choosing and purchasing a vehicle in Malaysia

      Membeli Kenderaan

      Free Guides on Purchasing a Home in Malaysia and avoiding crippling debt

      Membeli Rumah

      Free Guides On purchasing insurance in Malaysia safely

      Insurans

      Free guides to ensure a comfortable Retirement by planning your retirement

      Persaraan

      All Guides Icon

      Semua Panduan

    • Panduan kami
      • Merancang Belanjawan
      • Simpanan & Pelaburan
      • Membeli Rumah
      • Membeli Kenderaan
      • Menguruskan Hutang
      • Insurans
      • Persaraan
    • Kalkulator
    • Blog
    • Ambil Kuiz

      Merancang Belanjawan

      5 Tips Untuk Jimatkan Wang SEKARANG!

      • Dihasilkan oleh Multiply
      • Kategori Merancang Belanjawan
      • Tarikh September 15, 2021
      5 Tips For Saving Money NOW! 1 - Multiply - Planning & Budgeting

      Keadaan sekarang ni macam tak menentu dan seram sikit. Untuk golongan yang bertuah, mereka hanya terpaksa bekerja dari rumah dan tak perlu risau sebab gaji mereka akan tetap masuk pada hujung bulan. Tapi untuk ramai orang di luar sana, mereka amat terkesan kerana gaji mereka dipotong, mereka diarah mengambil cuti tanpa gaji, atau lebih teruk lagi, mereka dibuang kerja. Golongan yang masih ada pekerjaan pun rasa gusar kerana bimbang akan hilang pekerjaan.

      Apa jua situasi yang anda alami, semua orang kena ada perancangan untuk menjalani kehidupan dalam dunia baru ni. Cuba tengok balik perbelanjaan anda dan cari jalan untuk menjimatkan wang.

      Kami ada sediakan 5 tip tentang cara anda boleh menguruskan perbelanjaan supaya duit anda tak cepat habis:

      • Buat belanjawan dan berhenti berbelanja untuk benda yang anda tak perlukan

      Dalam keadaan yang tak menentu macam sekarang, sangat penting untuk kita buat belanjawan dan patuhi belanjawan tersebut. Dengan cara ini, anda boleh elakkan daripada membeli barang-barang yang anda tak perlukan. Duit yang dapat dijimatkan tu boleh dimasukkan ke dalam sebuah tabung kecemasan.

      Buat senarai perbelanjaan bulanan anda dan cuba lihat apa yang anda boleh buang daripada senarai itu. Contohnya langganan media (cuba cari alternatif lain atau pilihan yang membolehkan anda berkongsi kos dgn kawan-kawan dan keluarga) atau beli barangan dapur daripada jenama pasaraya berbanding barang jenama premium yang lebih mahal.

      • Rancang makanan anda secara mingguan

      Dalam tempoh PKP ni, anda mungkin kurang berbelanja untuk perkara-perkara seperti percutian, makan luar bersama kawan-kawan, atau menonton wayang. Tapi, jumlah wang yang dibelanjakan untuk makanan dan barang dapur pulak bertambah. (Ada lagi ke sesiapa yang tiba-tiba menghidap sindrom tak berhenti makan macam saya? Rasanya rutin senaman saya sekarang ni cumalah berjalan dari sofa ke peti sejuk setiap 10 minit!)

      Cuba rancang lebih awal apa makanan yang anda akan sediakan dan buat bajet untuk tempoh seminggu yang akan datang. Pastikan ada senarai dalam tangan apabila pergi membeli barang dapur – dan ikut senarai tu! Ini akan mengelakkan anda daripada membuat pembelian mengikut nafsu. Dan jauhkan diri anda daripada coklat mahal tu – cari coklat jenama biasa yang murah sikit ya!

      • Minimumkan pembelian dalam talian

      Dalam situasi sekarang ni, kita tak boleh pergi ke pusat membeli-belah atau berhibur di luar. Jadi, ada sesetengah daripada kita yang terjebak dengan membeli-belah secara dalam talian. Buat masa sekarang, inilah cara yang lebih selamat untuk elakkan terkena jangkitan virus COVID-19. Senang je kan nak tekan butang BELI tu. Lagipun, apalah salahnya nak hiburkan hati dekat rumah pada musim PKP ni. Emm, takkanlah anda perlukan 7 helai baju baru atau gincu baru sekarang ni? (Eh jangan mengada, mesyuarat melalui aplikasi Zoom bukan alasan untuk melaram!) Gunakanlah pembelian secara online untuk membeli barang-barang yang penting saja!

      • Cari tawaran diskaun terhebat!

      Memandangkan kita sedang membincangkan topik perbelanjaan tambahan dan pembelian dalam talian, jangan lupa cari tawaran dan diskaun terbaik. Ada pasaraya yang menyediakan rak barangan diskaun, kadang-kadang ada barangan mahal yang dijual dekat situ dengan potongan harga sehingga 50%. Barang-barang tersebut selalunya belum hampir tarikh luputnya dan masih elok untuk 1-2 bulan lagi.

      Program kesetiaan pelanggan juga satu cara yang baik untuk mengumpul poin yang boleh ditukarkan kepada diskaun supaya anda boleh menikmati penjimatan. Tambahan pula, sambil mengelakkan guna wang tunai untuk menghindari virus Covid-19 dari wang kertas dan duit syiling, anda juga boleh semak kalau ada diskaun dari penyedia e-wallet. Tapi, jangan terlebih seronok pulak sampai berbelanja tak ingat dunia ya!

      • Cuba belajar kemahiran baru

      Pada waktu PKP ni, makanan yang selama ni mudah untuk kita beli macam nasi lemak bungkus atau pisang goreng dah jadi susah nak dapat – kita mungkin terpaksa bayar kos tambahan sebanyak RM5 untuk memesannya secara penghantaran. Jadi apa kata anda belajar memasak makanan kegemaran anda? Banyak je resipi percuma yang anda boleh dapatkan dalam talian, ataupun tengok je tutorial dekat YouTube. Kita ada banyak masa dekat rumah kan, jadi apa salahnya kita cuba asah kemahiran yang berguna?

      Harapnya anda boleh manfaatkan tip-tip di atas. Dalam usaha kita untuk berjimat-cermat, jangan lupa duduk di rumah, kurangkan pergerakan di luar rumah dan lindungi diri anda. Untuk maklumat lanjut tentang perancangan belanjawan, sila baca Panduan ini.

      Tag:Merancang Belanjawan

      Kongsikannya:


      User Avatar
      Multiply
      The Multiply Admin

      Sebelumnya

      Video - Bagaimana Saya Menyelamatkan Diri Daripada Menjadi Muflis
      September 15, 2021

      Seterusnya

      3 Perkara yang perlu dipertimbangkan sebelum membeli kereta
      September 24, 2021

      Anda Mungkin Berminat

      Gross vs Net Salary_Feature Image
      Gaji Kasar vs Gaji Bersih: Apa Maksud dan Cara Nak Kira
      3 Mac, 2025
      Payslip_Feature Image
      Multiply Terangkan: Cara Membaca Slip Gaji Anda & Mengapa Ia Penting
      4 Oktober, 2024
      Managing Income_Feature Image
      Kisah Orang Muda: Belanjawan & Simpanan Wang Mereka Yang Bergaji RM2,000
      1 Oktober, 2024

      Cari

      Artikel Terkini

      Gross vs Net Salary_Feature Image
      Gaji Kasar vs Gaji Bersih: Apa Maksud dan Cara Nak Kira
      03Mac2025
      Payslip_Feature Image
      Multiply Terangkan: Cara Membaca Slip Gaji Anda & Mengapa Ia Penting
      04Okt2024
      Managing Income_Feature Image
      Kisah Orang Muda: Belanjawan & Simpanan Wang Mereka Yang Bergaji RM2,000
      01Okt2024

      KATEGORI PANDUAN

      • Merancang Belanjawan
      • Simpanan & Pelaburan
        • ETF
        • Unit Amanah
        • Saham
        • Asas Pelaburan
        • Deposit Tetap
        • Simpanan
      • Menguruskan Hutang
      • Membeli Kenderaan
      • Membeli Rumah
      • Insurans
      • Persaraan
      • Mengenali Scams

      Panduan terkini

      Multiply Guides: How To Read Your Payslip & Why Is It Important?

      Panduan Multiply: Cara Membaca Slip Gaji Anda & Mengapa Ia Penting

      Panduan Multiply: Kekal Selamat & Lindungi Wang Anda Dari Scammer

      Panduan Multiply: Kekal Selamat & Lindungi Wang Anda Dari Scammer

      Panduan Multiply: Segalanya Yang Anda Perlu Tahu Mengenai KWSP (Bahagian 2)

      Panduan Multiply: Segalanya Yang Anda Perlu Tahu Mengenai KWSP (Bahagian 2)

      Peringkat hidup

      • Pelajar
      • Keluarga
      • Pekerja Dewasa
      • Pesara

      Jangan ketinggalan, sertai senarai mel kami!

        newsletter-subscribe-multiply

        logo-multiply-learn-investing-for-free

        hello@multiply.org.my

        Maklumat

        • Laman Utama
        • Blog
        • Tentang Kami
        • Hubungi

        Kategori

        • Merancang Belanjawan
        • Simpanan & Pelaburan
        • Menguruskan Hutang
        • Membeli Kenderaan

        Kategori

        • Membeli Rumah
        • Insurans
        • Persaraan
        • Semua Panduan

        Instagram Feed

        🚨Jadi antara yang terawal untuk cuba laman web 🚨Jadi antara yang terawal untuk cuba laman web Multiply yang serba baharu!Kami sedang mencari rakyat Malaysia yang berumur 20-35 tahun untuk menguji laman web terbaharu kami.💡Akses awal💬 Maklum balas jujur📈 Bantu kami tambah baikTap pada link di bio untuk mendaftar sekarang!- - - - - -🚨Be the first to experience the all-new Multiply page!We’re looking for testers aged 20-35 to try our new website and tell us what you think.💡Early access💬 Honest feedback📈 Real impactTap the link in our bio to sign up now!#Finance #PersonalFinance #financialliteracy #Testers #Multiply
        ✨ 2025, we see you! ✨ Selamat Tahun Baru, Mul ✨ 2025, we see you! ✨Selamat Tahun Baru, Multipliers! 🎉 Here’s to leveling up, smashing goals, and keeping that duit game strong 💸🔥New year, new vibes, but still the same Multiply fam ready to support you every step of the way. 💪What’s your big goal for 2025? 👀 Drop it in the comments—let’s make it happen together! 🚀#MultiplyMY #NewYearVibes #2025HereWeCome
        As 2024 wraps up, let's look back at all we accomp As 2024 wraps up, let's look back at all we accomplished together, Multipliers! 🎉From our top 5 articles to the most popular tools on our site—korang memang power! 💪 THANK YOU for an amazing year 🫶Psst... 2025 is bringing something HUGE 🤫 Stay tuned and hold on to that hype! 🚀#MultiplyMY #MultiplyWrapped #2025Excitement
        We’re focused on enhancing your experience and b We’re focused on enhancing your experience and bringing you exciting updates tailored just for you.Stay tuned—we can’t wait to share what’s coming next!If you have any questions or need assistance in the meantime, feel free to reach out to us at hello@creador-foundation.com. Thank you for your support—we’re excited to reveal what we’ve been working on soon!

        Multiply by Creador Foundation.

        • Privasi
        • Terma
        • Peta laman

        Facebook Google

        Log masuk dengan akaun laman anda

        5 + nine =

        Lupa kata laluan anda?

        Belum jadi ahli? Daftar sekarang

        Daftar akaun baru

        18 + 7 =

        Anda seorang ahli? Log masuk sekarang

        popup

        scam quiz_types of scams

         

        Uji pengetahuan korang tentang scam dan tengok korang boleh kalahkan scammer ke tak! Adakah anda level Budak Terer, Budak Standard, atau Budak Baru?

        Dah sedia untuk jawab kuiz? Klik "Mulakan Kuiz" kat bawah!

        1. 
        Ok, jom kita mula! Kekasih online korang (yang korang tak pernah jumpa depan-depan) bagitau yang dia ada hantar satu barang kat korang. Tapi korang kena bayar caj pelepasan di laman web “Kastam” untuk menuntutnya. Korang akan bayar ke tak?

        2. 
        Korang terima pautan dalam e-mel dari bank yang mintak korang set balik kata laluan sebab ada orang cuba hack akaun korang. Apa tindakan korang?

        3. 
        Pegawai penyiasat telefon dan bagitahu maklumat peribadi korang telah digunakan dalam aktiviti pengubahan wang haram. Jika tak nak dilanda masalah, korang kena bayar denda RM10,000 ke bank akaun.

        4. 
        Sebuah syarikat di Jakarta mendesak korang untuk melabur dengan segera, tapi takde maklumat lengkap mengenai diorang kat dalam talian. Jadi, nak melabur ke tak?

        5. 
        Seorang penganjur meminta derma daripada anda untuk membantu mangsa-mangsa banjir, malah menunjukkan gambar individu yang terlibat. Patut derma atau tidak?

        6. 
        Ada orang dalam group WhatsApp menawarkan pekerjaan sambilan dengan gaji sebanyak RM5,000, tapi korang kena bayar wang pendahuluan dulu. Apa tindakan korang?

        7. 
        Ada pihak nak sewa bank akaun anda dengan harga RM500 untuk setiap transaksi yang dibuat. Nak ke tak?

        8. 
        Korang dapat panggilan daripada nombor yang tak dikenali, tetapi suaranya macam bos korang. Dia minta korang transfer RM10,000 ke akaun yang tak dikenali. Korang transfer tak?

        9. 
        Seorang peniaga di Mudah.my sedang menjual telefon bimbit yang baru dilancarkan dengan diskaun 90%. Tapi, korang buat bayaran segera kerana terdapat pembeli lain yang berminat. Apa yang akan korang buat?

        10. 
        Iklan di Instagram telah mempromosikan agensi perkhidmatan membersihkan rumah yang murah. Apabila korang menghubungi agensi tersebut, agensi tu minta korang buat tempahan melalui aplikasi APK khas yang perlu dimuat turun. Patutkah korang muat turun aplikasi APK tersebut?

        clock.png

        Time's up

        Bahasa :

        • English
        • Bahasa Malaysia

        Ambil kuiz kami!



        Apakah personaliti kewangan Anda?

        Terbaru


        Apa gaya perbelanjaan anda?

        Bahasa :

        • English
        • Bahasa Malaysia

        Apakah personaliti Kewangan Anda?

        Cuba lihat sama ada anda seorang Boss Duit, Kadet Kewangan atau Budak Baru Belajar dengan mengambil kuiz ini!

        1. It's the end of the month, you are thinking...

        2. Kalau anda saja-saja nak pergi membeli-belah, adakah anda….

        3. So you crashed your car and it's going to cost RM1,000 to fix, you

        4. Anda terima penyata kad kredit anda dan anda…

        5. After months of saving (see "sikit -sikit, lama-lama jadi bukit" really is true), you've got cash sitting in the bank. You then

        6. You're buying a new car (yes, imagine away - Toyota, Proton, or BMW). You take

        7. Anda seorang pelabur. Yang mana anda akan lakukan…

        clock.png

        Time's up

        Bahasa :

        • English
        • Bahasa Malaysia

        Apa gaya perbelanjaan anda?

        Menguruskan perbelanjaan boleh jadi sesuatu yang rumit. Cuba beritahu kami bagaimana anda membelanjakan wang dan kami boleh bantu anda mencari jalan bagaimana untuk berbelanja dengan lebih baik!

        1. 
        Bagaimana anda memperoleh pendapatan?

        2. 
        Bagaimana pengurusan kewangan anda sebelum COVID-19 melanda?

        3. 
        Bagaimana COVID-19 telah memberi kesan kepada perbelanjaan anda secara keseluruhannya?

        4. 
        Bagaimana perintah kawalan pergerakan (PKP/PKPB) telah memberi kesan kepada penggunaan kad kredit anda?

        5. 
        Jika anda menerima Bantuan Prihatin Nasional (BPN), bagaimana anda menggunakannya?

        6. 
        If you're taking money from your EPF account during the MCO/CMCO (under i-Lestari), how are you using it?

        7. 
        Moratorium pinjaman berguna untuk saya kerana:

        8. 
        Musim percutian sudah dekat. Apa perancangan anda untuk aktiviti beli-belah hujung tahun?

        9. 
        Anda sudah rancang belanjawan anda untuk tahun 2021?

        10. 
        Bagaimana anda membuat persediaan kewangan untuk tahun 2021?

        11. 
        How do you think you'll manage your money in 2021?

        12. 
        Apa yang anda perlukan untuk mempertingkatkan kewangan anda pada tahun 2021?

        13. 
        Untuk tahun 2021, matlamat kewangan utama saya ialah untuk:

        14. 
        Untuk tahun 2021, aspek kewangan yang paling membimbangkan saya ialah:

        15. 
        Untuk tahun 2021, aspek kewangan peribadi yang mana yang anda ingin pelajari dengan lebih lanjut?

        clock.png

        Time's up