Langkah 4: Tahu fi apa yang terlibat
Fi ialah kos yang tak boleh dielakkan yang akan memakan pulangan anda
Untuk lebih faham macam mana fi menjejaskan pulangan keseluruhan, jom lihat kes berikut:
Peraturan 72:
Peraturan ini memberikan cara mudah untuk kita faham berapa lama masa yang diambil untuk menggandakan pelaburan. Anggapkan kadar pulangan tahunan tetap x%, ia mengambil masa kira-kira 72÷X tahun untuk menggandakan pelaburan anda. Contohnya, anda mempunyai 8% pulangan tahunan. Dalam senario ini, 9 tahun masa yang diambil untuk menggandakan wang anda.
Sekarang, jom periksa apa yang akan berlaku jika anda membayar 2% fi tahunan. Ia akan mengurangkan pulangan anda daripada 8% kepada 6% dan akhirnya akan mengambil masa 12 tahun untuk menggandakan pelaburan anda.
Lihat graf di bawah: Disebabkan fi, pelaburan anda memerlukan tambahan 3 tahun untuk digandakan!

Berhati-hati dan ambil kira semua pilihan yang ada sebelum anda menanggung apa-apa fi. Elakkan juga bertukar daripada satu dana kepada dana yang lain kerana ia akan memakan lebih banyak wang anda akibat caj Pemindahan dan Pertukaran.
Fi unit amanah biasanya terdiri daripada:
- Fi Jualan Pendahuluan
- Fi Pengurusan
- Caj Pemindahan, Pertukaran dan Penebusan
Di bawah tajuk ‘Ringkasan’, kami membincangkan Nisbah Belanja. Secara kasar, Nisbah Belanja memberitahu anda fi apa yang anda perlu bayar untuk melabur dalam dana yang anda pilih. Anda boleh lihat jumlah Nisbah Belanja dan fi-fi lain dengan mudah di Morningstar, hanya pergi ke Fund Tools, kemudian Fund Toolskemudian Funds to Explore, dan klik Nuts and Bolts tab.
Klik mana-mana lajur akan menyusun senarai untuk anda daripada angka tertinggi kepada terendah dan sebaliknya. Jika anda tak pasti untuk lihat yang mana satu, hanya gunakan lajur Jumlah Nisbah Belanja.
Sila maklum yang fi broker dan kos transaksi TAK termasuk dalam Nisbah Belanja.





