Sebarkan risiko yang anda ambil dengan cara meletakkan hanya sebahagian daripada pelaburan anda dalam mana-mana satu unit amanah. Anda boleh juga pertimbangkan untuk melabur dalam beberapa jenis unit amanah atau dalam pelaburan jenis lain sebagai cara untuk menyebarkan risiko anda.
Pertimbangkan Dana Dagangan Bursa (ETF). Dalam pasaran negara barat, syarikat pengurusan dana semakin menerima tekanan untuk mengurangkan fi. Ini telah menyebabkan permintaan meningkat untuk ETF yang membawa manfaat yang sama dengan unit amanah, tetapi dengan pengenaan kadar fi yang jauh lebih rendah dan keupayaan membuat perubahan tanpa perlu membayar kos yang tinggi.