-
Pengenalan
-
10 perkara yang anda mesti tahu
- Sebelum anda mula, tetapkan beberapa matlamat pelaburan
- Menyimpan dan melabur sekarang!
- Melabur dari awal untuk mengatasi inflasi dan mendapat faedah daripada pengkompaunan
- Melabur secara konsisten
- Seimbangkan risiko dengan pulangan
- Melabur dalam pelbagai produk, bukan hanya satu!
- Elakkan fi yang tinggi
- JANGAN jual dalam keadaan panik
- Jangan berhutang untuk melabur
- Berwaspada dengan komplot penipuan
- Kuiz: Pelaburan 101
JANGAN jual dalam keadaan panik
Ramai pelabur panik dan menjual apabila mereka lihat saham mereka jatuh dan menyebabkan untung yang lebih rendah. Kenapa? Sebab mereka membeli semasa pasaran tinggi dan menjual semasa pasaran rendah. Sepatutnya, anda hanya perlu membuat perubahan terhadap portfolio anda apabila terdapat perubahan penting yang melibatkan pelaburan anda.
Contoh perubahan penting termasuk berita negatif tentang syarikat (penipuan, perubahan dalam pengurusan, pendapatan menurun), perubahan negatif dalam peraturan kerajaan atau industri itu sendiri terkesan atau terganggu disebabkan oleh teknologi baru.
Anda perlu faham apa yang sebenarnya berubah dengan pelaburan anda dan tidak perlu bertindak terhadap keadaan turun naik yang bersifat jangka pendek. Menyelidik sebelum melabur meminimumkan risiko yang anda akan menjadi panik atau membuat keputusan yang salah.
Graf di bawah menunjukkan prestasi Bursa KLCI sejak tahun 1994. Dalam tempoh 28 tahun yang lepas, anda dapat lihat peningkatan prestasi Bursa secara keseluruhan.
Sumber: Yahoo Finance
Tapi jika kita hanya fokus kepada tempoh tertentu, katakan dari tahun 2007 hingga 2009, prestasi Bursa KLCI kelihatan seperti agak teruk.
Sumber: Yahoo Finance
Katakan anda telah memutuskan untuk mengeluarkan wang anda pada 1 Januari 2008 semasa prestasi pasaran teruk, anda rugi atau hilang peluang untuk mengaut keuntungan yang lebih di kemudian hari kerana pasaran naik semula tidak lama selepas itu. Jadi, sangatlah penting untuk bersabar.