-
Pengenalan
-
10 perkara yang anda mesti tahu
- Sebelum anda mula, tetapkan beberapa matlamat pelaburan
- Menyimpan dan melabur sekarang!
- Melabur dari awal untuk mengatasi inflasi dan mendapat faedah daripada pengkompaunan
- Melabur secara konsisten
- Seimbangkan risiko dengan pulangan
- Melabur dalam pelbagai produk, bukan hanya satu!
- Elakkan fi yang tinggi
- JANGAN jual dalam keadaan panik
- Jangan berhutang untuk melabur
- Berwaspada dengan komplot penipuan
- Kuiz: Pelaburan 101
Berwaspada dengan komplot penipuan
⚠ Jika ia sesuatu yang sukar dipercayai, mungkin memang betul tak boleh percaya! |
Awas: Berwaspadalah terhadap jaminan pulangan yang sangat tinggi!
Jika ia sesuatu yang sukar dipercayai, mungkin memang betul tak boleh percaya! Mana-mana pengurus pelaburan yang sah tak akan mendakwa boleh memberi anda pulangan melebihi purata bagi saiz pelaburan yang sama setiap tahun, tanpa mengambil kira naik turun pasaran.
Hakikatnya, pelabur rata-rata akan berpuas hati dengan pulangan 6% setahun (dianggap kadar pulangan yang bagus!). Seorang pengurus dana yang hebat (amat jarang dijumpai di mana-mana) boleh mencapai pulangan yang lebih tinggi bergantung kepada keadaan pasaran. Pelabur terkaya di dunia seperti Warren Buffett pun mendapat pulangan purata 12% setahun dalam tempoh kebelakangan ini. Jadi, kalau ada sesiapa datang kepada anda menawarkan pulangan 30% setahun ataupun 3% sebulan, berpalinglah dan melangkah pergi!
Anda perlu berjaga-jaga dengan komplot penipuan pelaburan yang biasa didapati di Malaysia
- Komplot penipuan Macau
-
- Anda ditawarkan peluang hebat untuk melabur dalam saham melalui telefon.
- Anda dijamin pulangan yang tinggi dalam masa yang singkat.
- Baca lebih lanjut di sini: https://www.thestar.com.my/news/nation/2018/09/28/99-arrested-in-macau-scam-bust-largest-made-so-far
- Pertaruhan wang atau skim pelaburan piramid (skim Ponzi versi Malaysia) Skim Ponzi ialah sejenis penipuan yang melibatkan pengambilan wang daripada pelabur baru yang digunakan untuk membayar pulangan yang tinggi kepada pelabur sebelumnya, sebagai satu cara untuk menunjukkan kejayaan pelaburan dan menarik lebih ramai pelabur. Namun, disebabkan pulangan yang dibayar bukan hasil daripada pelaburan sebenar, akhirnya skim itu akan berakhir dengan buruk.
-
- Dipamerkan sebagai satu peluang pelaburan yang sah (kakitangan yang meyakinkan, menggunakan terma teknikal)
- Menawarkan bayaran untuk anda merekrut pelabur lain untuk melabur.
- Baca lebih lanjut: https://www.freemalaysiatoday.com/category/leisure/2019/04/15/beware-money-games-if-its-too-good-to-be-true-it-isnt/
⚠ Elakkan komplot penipuan dengan memeriksa lesen pelaburan. |
Pastikan sesebuah produk pelaburan itu dilesenkan oleh Bank Negara dan Suruhanjaya Sekuriti. Anda boleh hubungi Suruhanjaya Sekuriti di talian +603-6204 8000 atau Bank Negara di talian 1-300-88-5465 untuk membuat semakan atau melaporkan aktiviti pelaburan yang mencurigakan. 1-300-88-5465 untuk membuat semakan atau melaporkan aktiviti pelaburan yang mencurigakan.
⚠ Hanya kerana seseorang itu kelihatan seperti boleh dipercayai dan bijak tidak bermaksud dia bukan sedang cuba untuk menipu anda. |
Anda mungkin pernah dengar tentang Bernie Madoff. Dia menjalankan salah satu skim Ponzi yang terbesar dalam sejarah dengan anggaran kerugian berjumlah $50 billion. Namun, adakah anda tahu yang Bernie pernah menyandang jawatan Pengerusi NASDAQ (bursa saham Amerika)? Itulah tahap kebolehpercayaan yang ada padanya dan dieksploitasi olehnya untuk menipu mangsa-mangsanya.
*Sumber:
https://www.maybank2u.com.my/maybank2u/malaysia/en/personal/loans/personal/personal_loan.page?