- Home
- Panduan kami
- Merancang Belanjawan
- Panduan Multiply: Kekal Selamat & Lindungi Wang Anda Dari Scammer
Cara Sentiasa Kekal Maklum Mengenai Scam
Satu lagi langkah penting dalam memastikan diri anda selamat ialah dengan sentiasa mengikuti maklumat terkini. Anda boleh melakukannya dengan mengetahui sumber untuk mendapatkan maklumat terkini tentang scam. :
Berikut adalah lima sumber di mana anda boleh mendapatkan maklumat tentang skim penipuan terbaharu yang menyasarkan rakyat Malaysia:
- Berita arus perdana: Akhbar tempatan dan saluran TV sering melaporkan penipuan terkini dan usaha pihak berkuasa untuk membendungnya.
- Notis bank: Bank dan institusi kewangan lain sering menghantar amaran tentang skim penipuan yang menyasarkan pelanggan mereka.
- Notis kerajaan atau syarikat: Badan kerajaan dan syarikat swasta juga memberitahu pelanggan tentang kes penipuan menggunakan nama mereka. Sebagai contoh, Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) memberi amaran kepada rakyat Malaysia supaya berhati-hati dengan penipuan cukai yang melibatkan penjenayah yang menyamar sebagai pegawai LHDN.
- Saluran media sosial rasmi: Platform dalam talian juga telah menjadi tempat di mana rakyat Malaysia membincangkan penipuan terkini. Walau bagaimanapun, anda harus memastikan bahawa anda hanya mendapatkan maklumat daripada sumber yang boleh dipercayai seperti:
- Halaman Facebook Rasmi Bank Negara Malaysia (BNM)
- Halaman Facebook Jabatan Siasatan Jenayah Komersial
- Halaman Facebook Rasmi Cyber Crime Alert Royal Malaysia Police
- Laman web pendidikan kewangan: Selain sumber yang di atas, anda juga boleh mendapatkan maklumat berguna tentang scam di laman web pendidikan kewangan seperti Multiply.org.my.

Agensi kerajaan dan institusi lain terus membangunkan penyelesaian baharu untuk memerangi scam. Sebagai contoh, Bank Negara Malaysia (BNM) akan melancarkan Portal Fraud Kebangsaan (NFP) dalam tahun 2024.
NFP bertujuan mengautomasikan beberapa proses dalam Pusat Respons Scam Kebangsaan (NSRC) supaya dapat bertindak balas dengan lebih pantas dalam membantu mangsa scam.
Ingat: langkah pertama untuk memastikan diri anda selamat daripada scammer adalah dengan sentiasa mempelajari cara dan taktik terkini mereka melalui sumber-sumber yang dinyatakan di atas!




