- Home
- Panduan kami
- Insurans
- Insurans hayat
Beberapa tip berguna
- Faktor yang memberi kesan kepada premium anda ialah umur, masalah perubatan sedia adaamaun perlindungan relatif kepada pendapatan terkini, jenis pekerjaan, dan bilangan tanggungan. Jika polisi hayat sementara anda sudah tamat dan anda mahu memperbaharuinya, anda patut jangkakan bahawa premium yang anda perlu bayar akan menjadi lebih tinggi.
- Periksa sama ada polisi hayat sementara anda mempunyai ciri-ciri pertukaran atau jaminan pembaharuan . Mungkin pada penghujung tempoh polisi hayat sementara anda, iaitu selepas 20 tahun, anda sedang menghidap penyakit. Jika polisi anda ada pilihan pertukaran, anda boleh bertukar kepada polisi seumur hidup. Jika tidak, anda terpaksa keluar daripada polisi yang sudah luput dan cuba untuk masuk kembali, tapi permohonan anda mungkin akan ditolak dan anda tidak akan mendapat perlindungan lagi.
- Pastikan anda baca cetak halus polisi insurans anda berkenaan jumlah wang yang akan diterima jika anda membuat serahan polisi anda sebelum waktunya. Kadangkala, ini boleh menyebabkan anda kehilangan pulangan daripada simpanan anda selama bertahun-tahun.
- Jika anda mengambil polisi seumur hidup, jauhi polisi insurans berkait-unit. Ia merupakan ciri pelaburan yang mengikat pembayaran tunai secara terus kepada prestasi pelaburan dasar. Dalam erti kata yang lain, anda mengambil risiko penuh atas pelaburan yang diuruskan oleh syarikat insurans anda. Dalam kes ini, lebih baik anda melabur secara terus dalam dana tertentu berbanding melalui syarikat insurans anda.
- Untuk polisi seumur hidup, terdapat polisi berpenyertaan dan polisi tidak berpenyertaan. Bagi polisi tidak berpenyertaan, pulangan pelaburan anda adalah tetap dan risiko pelaburan dasar ditanggung oleh syarikat insurans. Seperti yang boleh dijangka, syarikat insurans akan menawarkan anda pulangan yang lebih rendah, kerana risiko yang anda tanggung juga lebih rendah.
- Jika anda merancang untuk mengambil pinjaman perumahan, pastikan perlindungan insurans hayat anda tidak bertindih dengan apa-apa insurans gadai janji yang anda ambil. Jika anda rasa insurans hayat anda sudah memberikan perlindungan yang cukup jika pinjaman rumah tak dapat dibayar akibat kematian atau kecacatan kekal, anda boleh berbincang dengan bank anda untuk menggugurkan keperluan mengambil polisi insurans untuk pinjaman gadai janji anda.




