Sekarang ini, ramai antara kita yang biasa mendapat tawaran pinjaman peribadi daripada institusi-institusi kewangan. Dengan kenaikan kos sara hidup, kita sering tertarik untuk mengambilnya. Tapi perlukah anda mengambilnya?
Memang seronok giler bila pertama kali dapat pegang kad kredit sendiri! Sekeping kad plastik kecil yang seperti ada kuasa ajaib, anda boleh keluarkannya daripada dompet dan swipe saja di kaunter bayaran bila ternampak sepasang kasut cantik yang anda mesti beli , atau game baru yang anda nak muat turun supaya anda boleh bermain online dengan rakan-rakan anda. Rasa macam ada wang percuma je, kan?






