{"id":15891,"date":"2021-04-14T16:12:29","date_gmt":"2021-04-14T08:12:29","guid":{"rendered":"https:\/\/staging22.multiply.org.my\/?p=15823"},"modified":"2025-06-11T23:48:12","modified_gmt":"2025-06-11T15:48:12","slug":"what-government-insurance-schemes-can-you-get","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/www.multiply.org.my\/my\/skim-insurans-kerajaan\/","title":{"rendered":"Apa Skim Insurans Kerajaan Yang Boleh Anda Dapat?"},"content":{"rendered":"<h1><strong>Skim Insurans Kerajaan Malaysia: mySalam dan Perlindungan Tenang<\/strong><\/h1>\n<p><span style=\"font-weight: 400;\">Krisis COVID-19 yang melanda telah menjadikan kita lebih sedar tentang kepentingan insurans. Jika anda mengalami penyakit yang serius, rawatan di hospital swasta akan menelan kos perbelanjaan yang tinggi. Walaupun perkhidmatan kesihatan awam lebih murah, ada jenis-jenis rawatan atau pembedahan tertentu yang tidak akan dibiayai oleh kerajaan, jadi dalam kes seperti ini anda masih perlu mengeluarkan wang untuk membayar kos rawatan di klinik atau hospital kerajaan.\u00a0<\/span><\/p>\n<p><span style=\"font-weight: 400;\">Walaupun syarikat majikan anda ada menyediakan pelan insurans perubatan, ada kemungkinan anda masih perlu membiayai sebahagian daripada kos rawatan dengan duit anda sendiri. Jadi, kalau anda tidak ada insurans perubatan, anda mungkin terpaksa menanggung beban hutang untuk membiayai kos perubatan.\u00a0<\/span><\/p>\n<p><span style=\"font-weight: 400;\">Kalau anda mempunyai keluarga yang bergantung kepada anda dari segi kewangan, anda harus membuat persediaan sekiranya apa-apa yang tak diingini berlaku kepada anda, contohnya jika anda hilang keupayaan untuk bekerja atau meninggal dunia. Untuk mendapatkan perlindungan dalam kes ini, anda perlu mengambil pelan insurans hayat.\u00a0<\/span><\/p>\n<p><span style=\"font-weight: 400;\">Jika anda sebahagian daripada kumpulan pendapatan B40 dan tidak mampu membayar insurans perubatan atau hayat swasta, kerajaan Malaysia menawarkan dua skim untuk membantu: <strong>mySalam<\/strong> dan <strong>Perlindungan Tenang<\/strong>, yang disediakan oleh syarikat insurans dan Takaful. Ini direka bentuk untuk menyediakan perlindungan asas\u2014dengan sedikit atau tanpa kos\u2014untuk individu dan keluarga yang paling memerlukannya.\u00a0<\/span><\/p>\n<h2><b><br \/>\nApa itu mySalam and Perlindungan Tenang?<br \/>\n<\/b><\/h2>\n<table>\n<tbody>\n<tr>\n<td><b>mySalam<\/b><\/td>\n<td><b>Perlindungan Tenang<\/b><\/td>\n<\/tr>\n<tr>\n<td>mySalam ialah skim perubatan Takaful percuma untuk mereka yang mengalami penyakit kritikal. mySalam diberikan secara automatik kepada penerima Bantuan Sara Hidup (BSH) yang tergolong dalam salah satu kategori di bawah:<\/p>\n<p><strong>Siapa yang layak mendapat mySalam?<\/strong><\/p>\n<ul>\n<li style=\"font-weight: 400;\" aria-level=\"1\"><span style=\"font-weight: 400;\">Individu yang sudah berkahwin dan berumur antara 18 hingga 65 tahun.<\/span><\/li>\n<li style=\"font-weight: 400;\" aria-level=\"1\"><span style=\"font-weight: 400;\">Individu bujang yang berumur antara 40 dan 65 tahun dan berpendapatan kurang daripada RM24,000 setahun (RM2,000 sebulan).\u00a0<\/span><\/li>\n<li style=\"font-weight: 400;\" aria-level=\"1\"><span style=\"font-weight: 400;\">Individu kurang upaya yang berumur antara 18 dan 65 tahun dan berpendapatan kurang daripada RM24,000 setahun (RM2,000 sebulan).<\/span><\/li>\n<\/ul>\n<\/td>\n<td style=\"vertical-align: top;\">Perlindungan Tenang ialah inisiatif insurans yang disokong kerajaan yang menawarkan pelan perlindungan yang mudah dan mampu milik untuk kumpulan B40. Ia termasuk pilihan insurans hayat, takaful dan am.<\/p>\n<p><span style=\"font-weight: 400;\">\u00a0<\/span><\/td>\n<\/tr>\n<\/tbody>\n<\/table>\n<h2><b><br \/>\nBagaimanakah mySalam atau Perlindungan Tenang berfungsi?<br \/>\n<\/b><\/h2>\n<table>\n<tbody>\n<tr>\n<td><b>mySalam<\/b><\/td>\n<td><b>Perlindungan Tenang<\/b><\/td>\n<\/tr>\n<tr>\n<td>\n<ul>\n<li style=\"font-weight: 400;\" aria-level=\"1\"><span style=\"font-weight: 400;\">Kalau anda sudah berdaftar di bawah BSH dan telah menerima bantuan tunai BSH, anda sepatutnya sudah menerima pemberitahuan melalui SMS tentang perlindungan mySalam anda. Jika anda tidak menerima apa-apa pemberitahuan, anda boleh hantarkan e-mel kepada <\/span><a href=\"mailto:info@mysalam.com.my\"><span style=\"font-weight: 400;\">info@mysalam.com.my<\/span><\/a><span style=\"font-weight: 400;\"> atau talian bantuan mySalam di 1-300-888-938.\u00a0<\/span><\/li>\n<\/ul>\n<ul>\n<li style=\"font-weight: 400;\" aria-level=\"1\"><span style=\"font-weight: 400;\">Skim ini hanya boleh digunakan di hospital kerajaan atau hospital universiti dan tentera yang diluluskan. Klik <\/span><a href=\"https:\/\/www.mysalam.com.my\/b40\/info\/?url=hospital_EN\" target=\"_blank\" rel=\"noopener noreferrer nofollow\"><span style=\"font-weight: 400;\">di sini<\/span><\/a> <span style=\"font-weight: 400;\">untuk melihat senarai penuh hospital berkenaan.\u00a0<\/span><\/li>\n<\/ul>\n<\/td>\n<td>\n<ul>\n<li aria-level=\"1\"><span style=\"font-weight: 400;\">Hampir kesemua pelan Perlindungan Tenang boleh didapati secara dalam talian sepenuhnya atau melalui mana-mana agen berdaftar. Ada juga bank tertentu seperti Agrobank yang menjual pelan-pelan ini. Anda boleh dapatkan maklumat tentang <\/span><a href=\"https:\/\/www.malaysiantakaful.com.my\/family-takaful\/perlindungan-tenang\" target=\"_blank\" rel=\"noopener noreferrer nofollow\"><span style=\"font-weight: 400;\">di mana untuk mendapatkan pelan anda di sini.\u00a0<\/span><\/a><\/li>\n<li><span style=\"font-weight: 400;\">Semua pelan di bawah Perlindungan Tenang sepatutnya senang untuk difahami dengan proses tuntutan yang mudah. Selalunya, tuntutan akan diproses dan bayaran akan dibuat dalam masa 5 hari bekerja.\u00a0<\/span><\/li>\n<\/ul>\n<\/td>\n<\/tr>\n<\/tbody>\n<\/table>\n<h2><b><br \/>\nApakah jenis perlindungan yang boleh anda dapat dari mySalam atau Perlindungan Tenang?<\/b><\/h2>\n<table>\n<tbody>\n<tr>\n<td><b>mySalam<\/b><\/td>\n<td><b>Perlindungan Tenang<\/b><\/td>\n<\/tr>\n<tr>\n<td style=\"vertical-align: top;\">\n<ul>\n<li aria-level=\"1\"><a href=\"https:\/\/www.multiply.org.my\/my\/guides\/insurans-perubatan\/\" target=\"_blank\" rel=\"noopener noreferrer nofollow\"><b>Perlindugan perubatan\u00a0<\/b><\/a><\/li>\n<\/ul>\n<ul>\n<li style=\"font-weight: 400;\" aria-level=\"1\"><span style=\"font-weight: 400;\">mySalam menyediakan bayaran tunai sekali bayar sebanyak RM8,000 sekiranya anda didiagnosis dengan mana-mana <\/span><a href=\"https:\/\/www.mysalam.com.my\/b40\/info\/?url=ci_EN\" target=\"_blank\" rel=\"noopener noreferrer nofollow\"><span style=\"font-weight: 400;\">45 penyakit kritikal<\/span><\/a><span style=\"font-weight: 400;\"> serta bayaran RM50 sehari sehingga 14 hari setahun jika anda perlu dimasukkan ke hospital untuk menerima rawatan.\u00a0<\/span><\/li>\n<\/ul>\n<ul>\n<li style=\"font-weight: 400;\" aria-level=\"1\"><span style=\"font-weight: 400;\">Sekarang, pelan ini turut memberi perlindungan untuk COVID-19, jadi jika anda dimasukkan ke hospital, anda boleh membuat tuntutan RM50 sehari sehingga 14 hari. Anda juga boleh membuat tuntutan penyakit kritikal jika anda mengalami komplikasi kesihatan akibat COVID-19 yang membawa kepada mana-mana daripada 45 penyakit kritikal yang dilindungi oleh mySalam.\u00a0<\/span><\/li>\n<\/ul>\n<\/td>\n<td>\n<ul>\n<li aria-level=\"1\"><a href=\"https:\/\/www.multiply.org.my\/my\/guides\/insurans-hayat\/\" target=\"_blank\" rel=\"noopener noreferrer nofollow\"><b>Insurans hayat<\/b><\/a><\/li>\n<\/ul>\n<p><span style=\"font-weight: 400;\">Jika anda mengambil pelan insurans hayat, tanggungan anda akan menerima sejumlah wang (bergantung kepada nilai perlindungan yang anda ambil) <\/span><span style=\"font-weight: 400;\">sekiranya anda meninggal dunia atau mengalami kecacatan kekal.<\/span><span style=\"font-weight: 400;\">\u00a0<\/span><\/p>\n<p><span style=\"font-weight: 400;\">Klik <\/span><a href=\"http:\/\/www.liam.org.my\/customer_zone\/?c=18&amp;ct=2\" rel=\"nofollow noopener\" target=\"_blank\"><span style=\"font-weight: 400;\">di sini<\/span><\/a><span style=\"font-weight: 400;\"> untuk mendapatkan senarai penuh pelan insurans hayat di bawah Perlindungan Tenang.<\/span><\/p>\n<p>&nbsp;<\/p>\n<ul>\n<li aria-level=\"1\"><b>Takaful <\/b><a href=\"https:\/\/www.multiply.org.my\/my\/guides\/pengenalan-kepada-takaful-2\/\" target=\"_blank\" rel=\"noopener noreferrer nofollow\"><b>Keluarga<\/b><\/a><\/li>\n<\/ul>\n<p><span style=\"font-weight: 400;\">Takaful Keluarga ialah satu pelan insurans patuh Shariah yang membolehkan tanggungan anda menerima sejumlah wang sekiranya anda meninggal dunia atau <\/span><span style=\"font-weight: 400;\">mengalami kecacatan kekal.\u00a0<\/span><\/p>\n<p><span style=\"font-weight: 400;\">Klik <\/span><a href=\"https:\/\/www.malaysiantakaful.com.my\/family-takaful\/perlindungan-tenang\" target=\"_blank\" rel=\"noopener noreferrer nofollow\"><span style=\"font-weight: 400;\">di sini<\/span><\/a><span style=\"font-weight: 400;\"> untuk melihat senarai penuh Pelan Takaful Keluarga di bawah Perlindungan Tenang.<\/span><\/p>\n<p><a href=\"https:\/\/www.multiply.org.my\/my\/guides\/pengenalan-kepada-takaful-2\/\" target=\"_blank\" rel=\"noopener noreferrer nofollow\"><span style=\"font-weight: 400;\">Baca panduan ini jika anda ingin faham lebih lanjut tentang Takaful<\/span><\/a><span style=\"font-weight: 400;\"> dan perbezaannya dengan insurans konvensional.<\/span><\/p>\n<p>&nbsp;<\/p>\n<ul>\n<li aria-level=\"1\"><b>Insurans am<\/b><\/li>\n<\/ul>\n<p><span style=\"font-weight: 400;\">Pelan insurans am selalunya meliputi perlindungan bagi perkara seperti insurans kebakaran untuk rumah anda. Klik <\/span><a href=\"https:\/\/piam.org.my\/consumer\/industry\/perlindungan-tenang\/\" target=\"_blank\" rel=\"noopener noreferrer nofollow\"><span style=\"font-weight: 400;\">di sini<\/span><\/a><span style=\"font-weight: 400;\"> untuk mendapatkan senarai penuh pelan insurans am di bawah Perlindungan Tenang.<\/span><\/td>\n<\/tr>\n<\/tbody>\n<\/table>\n<h2><b><br \/>\nBerapa harga premium\/caruman Takaful yang perlu dibayar?<\/b><\/h2>\n<table>\n<tbody>\n<tr>\n<td><b>mySalam<\/b><\/td>\n<td><b>Perlindungan Tenang<\/b><\/td>\n<\/tr>\n<tr>\n<td><span style=\"font-weight: 400;\">Percuma<\/span><\/td>\n<td>\n<ul>\n<li style=\"font-weight: 400;\" aria-level=\"1\"><b>Insurans Nyawa:<\/b><span style=\"font-weight: 400;\"> Bermula daripada RM6 sehingga RM25 sebulan, dengan jumlah perlindungan daripada RM10,000 sehingga RM100,000.\u00a0<\/span><\/li>\n<li style=\"font-weight: 400;\" aria-level=\"1\"><b>Pelan Takaful Keluarga:<\/b><span style=\"font-weight: 400;\"> Daripada RM39 sehingga RM195 setahun dengan jumlah perlindungan antara RM7,500 dan RM40,000.<\/span><\/li>\n<li style=\"font-weight: 400;\" aria-level=\"1\"><b>Insurans am:<\/b><span style=\"font-weight: 400;\">Lebih kurang RM75 setahun untuk jumlah perlindungan sebanyak RM10,000.<\/span><\/li>\n<\/ul>\n<\/td>\n<\/tr>\n<\/tbody>\n<\/table>\n<h2><b><br \/>\nApa yang anda perlu tahu<\/b><\/h2>\n<table>\n<tbody>\n<tr>\n<td><b>mySalam<\/b><\/td>\n<td><b>Perlindungan Tenang<\/b><\/td>\n<\/tr>\n<tr>\n<td style=\"vertical-align: top;\">\n<ul>\n<li style=\"font-weight: 400;\" aria-level=\"1\"><span style=\"font-weight: 400;\">Semak jika nama anda berdaftar sebagai penerima BSH.\u00a0<\/span><\/li>\n<li style=\"font-weight: 400;\" aria-level=\"1\"><span style=\"font-weight: 400;\">Jika anda mahu membuat satu tuntutan, pergi ke <\/span><a href=\"https:\/\/www.mysalam.com.my\/b40\/public\/\" target=\"_blank\" rel=\"noopener noreferrer nofollow\"><span style=\"font-weight: 400;\">portal tuntutan mySalam<\/span><\/a><span style=\"font-weight: 400;\">yang boleh diakses melalui <\/span><a href=\"https:\/\/www.mysalam.com.my\/b40\/info\/?url=main_BM\" target=\"_blank\" rel=\"noopener noreferrer nofollow\"><span style=\"font-weight: 400;\">laman web mySalam.<\/span><\/a><span style=\"font-weight: 400;\">Untuk membuat tuntutan bagi penyakit kritikal, doktor anda perlu mengisi satu borang tertentu untuk anda hantar. Jika anda telah dimasukkan ke hospital, anda perlu hantarkan satu borang yang lain.\u00a0<\/span><\/li>\n<\/ul>\n<ul>\n<li style=\"font-weight: 400;\" aria-level=\"1\"><span style=\"font-weight: 400;\">Jika tuntutan anda diluluskan, anda akan menerima bayaran anda dalam masa dua minggu setelah menghantar semua dokumen berkaitan. Wang tuntutan anda akan dimasukkan ke dalam akaun bank yang sama seperti yang telah didaftarkan untuk skim BSH. Jadi jika butiran bank anda yang didaftarkan untuk skim tersebut belum dikemas kini, jangan lupa untuk berbuat demikian!<\/span><\/li>\n<\/ul>\n<ul>\n<li style=\"font-weight: 400;\" aria-level=\"1\"><span style=\"font-weight: 400;\">Di bawah Belanjawan 2021, perlindungan mySalam diperluaskan untuk turut meliputi kos peranti perubatan seperti sten jantung dan prostetik.\u00a0<\/span><\/li>\n<\/ul>\n<\/td>\n<td>\n<ul>\n<li style=\"font-weight: 400;\" aria-level=\"1\"><span style=\"font-weight: 400;\">Pastikan anda berurusan hanya dengan ejen atau syarikat yang berdaftar. Jika anda berurusan dengan sebuah syarikat, semak pautan yang diberi untuk syarikat <\/span><a href=\"http:\/\/www.liam.org.my\/customer_zone\/?c=18&amp;ct=2\" target=\"_blank\" rel=\"noopener noreferrer nofollow\"><span style=\"font-weight: 400;\">insurans hayat<\/span><\/a><span style=\"font-weight: 400;\"> dan syarikat <\/span><a href=\"https:\/\/piam.org.my\/consumer\/industry\/perlindungan-tenang\/\" target=\"_blank\" rel=\"noopener noreferrer nofollow\"><span style=\"font-weight: 400;\">insurans am<\/span><\/a><span style=\"font-weight: 400;\"> yang berdaftar. Anda boleh juga klik <\/span><a href=\"https:\/\/www.malaysiantakaful.com.my\/family-takaful\/perlindungan-tenang\" target=\"_blank\" rel=\"noopener noreferrer nofollow\"><span style=\"font-weight: 400;\">di sini <\/span><\/a><span style=\"font-weight: 400;\">untuk semak apa pelan Takaful yang boleh anda ambil.\u00a0<\/span><\/li>\n<\/ul>\n<ul>\n<li style=\"font-weight: 400;\" aria-level=\"1\"><span style=\"font-weight: 400;\">Buat perbandingan antara beberapa pelan untuk mengenal pasti pelan yang mana paling sesuai untuk anda, mengikut belanjawan anda. Jika anda ada keluarga yang disara sepenuhnya oleh anda, pastikan anda ambil pelan dengan jumlah perlindungan yang lebih besar.\u00a0<\/span><\/li>\n<\/ul>\n<ul>\n<li style=\"font-weight: 400;\" aria-level=\"1\"><span style=\"font-weight: 400;\">Namakan salah seorang daripada tanggungan anda sebagai penerima (benefisiari). Jika apa-apa berlaku kepada anda, wang insurans itu akan diterima oleh orang yang anda namakan itu. Pastikan anda maklumkan perkara ini kepada penama yang anda pilih itu!\u00a0<\/span><\/li>\n<\/ul>\n<ul>\n<li style=\"font-weight: 400;\" aria-level=\"1\"><span style=\"font-weight: 400;\">Minta ejen atau syarikat insurans anda untuk menerangkan hak dan tanggungjawab anda, dan pastikan anda betul-betul memahami penerangan tersebut.\u00a0<\/span><\/li>\n<\/ul>\n<ul>\n<li style=\"font-weight: 400;\" aria-level=\"1\"><span style=\"font-weight: 400;\">Belajar bagaimana untuk membuat tuntutan, dan ajarkan caranya kepada orang yang anda namakan sebagai penerima (benefisiari). Cara untuk membuat tuntutan berbeza-beza bergantung kepada penyedia insurans\/Takaful yang anda ambil pelannya.\u00a0<\/span><\/li>\n<\/ul>\n<ul>\n<li style=\"font-weight: 400;\" aria-level=\"1\"><span style=\"font-weight: 400;\">Di bawah Belanjawan 2021, bermula 1 April 2021, penerima daripada golongan B40 yang layak boleh mendapatkan baucer bernilai RM50 untuk membeli produk Perlindungan Tenang. Pengecualian duti setem untuk produk Perlindungan Tenang dengan premium tahunan atau nilai caruman sehingga RM100 juga telah dilanjutkan tempohnya sehingga 2025.\u00a0<\/span><\/li>\n<\/ul>\n<\/td>\n<\/tr>\n<\/tbody>\n<\/table>\n<p>&nbsp;<\/p>\n<h2><strong>Soalan Lazim (FAQ)<\/strong><\/h2>\n<ol>\n<li><strong>Apa itu mySalam dan untuk siapa?<\/strong><br \/>\nmySalam ialah skim takaful perubatan percuma untuk rakyat Malaysia berpendapatan rendah yang layak di bawah BSH.<\/li>\n<li><strong>Macam mana cara memohon Perlindungan Tenang?<\/strong><br \/>\nMohon secara dalam talian, melalui ejen bertauliah, atau di bank seperti Agrobank.<\/li>\n<li><strong>Bolehkah saya menggunakan mySalam untuk tuntutan berkaitan COVID?<\/strong><br \/>\nYa. Kemasukan hospital dan penyakit kritikal yang disebabkan oleh COVID-19 dilindungi.<\/li>\n<li><strong>Boleh saya memohon kedua-dua skim ini?<\/strong><br \/>\nYa. Setiap satu menawarkan jenis perlindungan yang berbeza dan boleh saling melengkapi.<\/li>\n<li><strong>Saya masih perlu mempunyai insurans saya sendiri ke?<\/strong><br \/>\nSkim ini menawarkan perlindungan asas. Pertimbangkan insurans persendirian jika anda memerlukan perlindungan yang lebih komprehensif.<\/li>\n<\/ol>\n<p>&nbsp;<\/p>\n<h2><strong>Fikiran Akhir: Patutkah Saya Dapatkan Insurans Saya Sendiri Juga?<\/strong><\/h2>\n<p>Skim kerajaan seperti mySalam dan Perlindungan Tenang adalah titik permulaan yang sangat baik untuk individu yang tidak mampu membeli insurans biasa. Walau bagaimanapun, anda harus tahu bahawa pelan ini mungkin tidak memberi anda perlindungan dan faedah sebanyak pelan insurans\/Takaful biasa. Jika anda mempunyai tanggungan, gadai janji, atau keperluan perubatan khusus, pertimbangkan untuk meneroka pilihan insurans yang lebih komprehensif.<\/p>\n<p><span style=\"font-weight: 400;\">Walaupun pelan insurans kerajaan akan membantu kalau anda tak mampu membeli pelan insurans biasa\/Takaful, harus disedari bahawa perlindungan dan manfaat yang boleh didapati di bawah pelan-pelan ini tidak dapat meyamai perlindungan dan manfaat yang lebih baik di bawah pelan insurans\/Takaful yang biasa. Namun, memiliki insurans dengan jumlah perlindungan yang sedikit adalah lebih baik daripada tiada langsung perlindungan. Jadi, kalau anda kurang mampu atau baru sahaja mengambil tahu tentang insurans, cuba lihat sama ada anda layak menyertai mySalam or Perlindungan Tenang supaya anda tetap ada perlindungan perubatan dan kewangan!\u00a0<\/span><\/p>\n<p><span style=\"font-weight: 400;\">Untuk dapatkan maklumat lanjut tentang mySalam, layari <\/span><a href=\"https:\/\/www.mysalam.com.my\/b40\/info\/?url=main_BM\" target=\"_blank\" rel=\"noopener noreferrer nofollow\"><span style=\"font-weight: 400;\">https:\/\/www.mysalam.com.my\/b40\/info\/?url=main_BM<\/span><\/a><span style=\"font-weight: 400;\">e-mel <\/span><a href=\"mailto:info@mysalam.com.my\"><span style=\"font-weight: 400;\">info@mysalam.com.my<\/span><\/a><span style=\"font-weight: 400;\"> atau talian bantuan mySalam di 1-300-888-938.\u00a0<\/span><\/p>\n<p><span style=\"font-weight: 400;\">Untuk dapatkan maklumat lanjut tentang Perlindungan Tenang, layari <\/span><span style=\"font-weight: 400;\">\u00a0<\/span><a href=\"http:\/\/www.liam.org.my\" target=\"_blank\" rel=\"noopener noreferrer nofollow\"><span style=\"font-weight: 400;\">www.liam.org.my<\/span><\/a><span style=\"font-weight: 400;\"> atau <\/span><a href=\"http:\/\/www.malaysiantakaful.org.my\" target=\"_blank\" rel=\"noopener noreferrer nofollow\"><span style=\"font-weight: 400;\">www.malaysiantakaful.org.my<\/span><\/a><span style=\"font-weight: 400;\">.\u00a0<\/span><\/p>\n<p><span style=\"font-weight: 400;\">Jika anda ingin belajar lagi tentang insurans, sila baca mana-mana panduan kami di bawah:<\/span><\/p>\n<ul>\n<li><a href=\"https:\/\/www.multiply.org.my\/my\/guides\/pengenalan-kepada-takaful-2\/\" target=\"_blank\" rel=\"noopener noreferrer nofollow\"><span style=\"font-weight: 400;\">Pengenalan kepada Takaful<\/span><\/a><\/li>\n<li><a href=\"https:\/\/www.multiply.org.my\/my\/guides\/insurans-perubatan\/\" target=\"_blank\" rel=\"noopener noreferrer nofollow\">Insurans Perubatan<\/a><\/li>\n<li><a href=\"https:\/\/www.multiply.org.my\/my\/guides\/insurans-hayat\/\" target=\"_blank\" rel=\"noopener noreferrer nofollow\">Insurans Hayat<\/a><\/li>\n<li><a href=\"https:\/\/www.multiply.org.my\/my\/guides\/apa-perlu-dipertimbangkan-bila-membeli-insurans\/\" target=\"_blank\" rel=\"noopener noreferrer nofollow\">Apa yang perlu dipertimbangkan apabila membeli insurans<\/a><\/li>\n<\/ul>","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Malaysian Government Insurance Schemes: mySalam and Perlindungan Tenang The COVID-19 crisis has made us more aware that insurance is important. If you get a major illness, treatment in a private hospital can be expensive. Although public healthcare is cheaper, there &hellip; <\/p>","protected":false},"author":2290,"featured_media":15902,"comment_status":"closed","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_bbp_topic_count":0,"_bbp_reply_count":0,"_bbp_total_topic_count":0,"_bbp_total_reply_count":0,"_bbp_voice_count":0,"_bbp_anonymous_reply_count":0,"_bbp_topic_count_hidden":0,"_bbp_reply_count_hidden":0,"_bbp_forum_subforum_count":0,"_monsterinsights_skip_tracking":false,"_monsterinsights_sitenote_active":false,"_monsterinsights_sitenote_note":"","_monsterinsights_sitenote_category":0,"footnotes":""},"categories":[6646,6659],"tags":[6665],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/www.multiply.org.my\/my\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/15891"}],"collection":[{"href":"https:\/\/www.multiply.org.my\/my\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/www.multiply.org.my\/my\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/www.multiply.org.my\/my\/wp-json\/wp\/v2\/users\/2290"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/www.multiply.org.my\/my\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=15891"}],"version-history":[{"count":12,"href":"https:\/\/www.multiply.org.my\/my\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/15891\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":20268,"href":"https:\/\/www.multiply.org.my\/my\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/15891\/revisions\/20268"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/www.multiply.org.my\/my\/wp-json\/wp\/v2\/media\/15902"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/www.multiply.org.my\/my\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=15891"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/www.multiply.org.my\/my\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=15891"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/www.multiply.org.my\/my\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=15891"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}