-
Pengenalan
-
Jom selami lagi topik ni...
- Apakah BNPL?
- Bagaimana BNPL berbeza daripada kad kredit?
- Bila anda patut gunakan BNPL dan bukan kad kredit?
- Apa yang anda perlu tahu tentang BNPL?
- Bagaimana anda boleh menggunakan BNPL untuk memanfaatkan wang anda sepenuhnya?
- Bagaimana cara menggunakan BNPL?
- Ini satu contoh cara membayar secara BNPL dengan menggunakan Hoolah di salah sebuah platform membeli-belah dalam talian.
Bagaimana anda boleh menggunakan BNPL untuk memanfaatkan wang anda sepenuhnya?
Rancang pembelian anda
Semak harga barang yang anda mahu beli dan pertimbangkan sama ada anda mampu membuat bayaran ansuran bulanan untuk mengelak membayar apa-apa penalti. Bayaran penalti boleh menjejaskan belanjawan anda untuk bulan-bulan seterusnya.
Sentiasa buat perbandingan pelan
Bandingkan beberapa pelan BNPL untuk melihat yang mana satu paling baik untuk belanjawan anda. Ciri-ciri utama yang perlu diberi perhatian ialah bilangan bulan bayaran ansuran, kesan daripada pembayaran lewat dan pengenaan fi/penalti.
Hadkan bilangan pembelian yang anda buat
Tetapkan had bilangan pembelian yang anda buat dengan menggunakan BNPL. Memandangkan setiap bayaran ansuran BNPL selalunya agak rendah, anda mungkin akan terlepas pandang tentang jumlah bayaran yang anda perlu buat setiap bulan. Jika anda mengehadkan pembelian anda, lebih senang untuk anda menguruskan pembayaran dan anda tidaklah terlalu terbeban membuat pembayaran bulana