-
Pengenalan
-
Jom selami lagi topik ni...
- Apakah BNPL?
- Bagaimana BNPL berbeza daripada kad kredit?
- Bila anda patut gunakan BNPL dan bukan kad kredit?
- Apa yang anda perlu tahu tentang BNPL?
- Bagaimana anda boleh menggunakan BNPL untuk memanfaatkan wang anda sepenuhnya?
- Bagaimana cara menggunakan BNPL?
- Ini satu contoh cara membayar secara BNPL dengan menggunakan Hoolah di salah sebuah platform membeli-belah dalam talian.
Bila anda patut gunakan BNPL dan bukan kad kredit?
Memandangkan BNPL serupa dengan kad kredit kerana anda boleh membahagikan pembayaran anda secara ansuran beberapa bulan, berikut adalah 3 situasi di mana anda mungkin akan menggunakan BNPL
- Jika anda tidak ada kad kredit, BNPL boleh menjadi penyelesaian supaya anda boleh membuat pembayaran secara beransur-ansur.
- Jika anda mahu membuat bayaran secara ansuran selama beberapa bulan dan mampu berbuat demikian, gunakan BNPL supaya anda tidak perlu membayar faedah. Sebaliknya, dengan kad kredit, anda perlu bayar faedah kecuali jika anda membuat pembayaran penuh dalam tempoh 30 hari.
- Memandangkan BNPL memberi had kredit yang lebih rendah berbanding kad kredit and akaun anda juga akan digantung serta-merta jika anda gagal membuat sekali bayaran ansuran, maka BNPL boleh jadi cara yang baik untuk anda mengawal perbelanjaan. Ia juga dapat mengelakkan anda daripada berhutang terlalu banyak kerana tiada faedah dikenakan. Cuma pastikan anda tidak lewat membuat pembayaran supaya anda tidak akan mendapat rekod buruk!