-
Pengenalan
-
Jom selami lagi topik ni...
- Apakah BNPL?
- Bagaimana BNPL berbeza daripada kad kredit?
- Bila anda patut gunakan BNPL dan bukan kad kredit?
- Apa yang anda perlu tahu tentang BNPL?
- Bagaimana anda boleh menggunakan BNPL untuk memanfaatkan wang anda sepenuhnya?
- Bagaimana cara menggunakan BNPL?
- Ini satu contoh cara membayar secara BNPL dengan menggunakan Hoolah di salah sebuah platform membeli-belah dalam talian.
Bagaimana cara menggunakan BNPL?
Anda rasa anda dah sedia untuk cuba menggunakan BNPL? Begini cara untuk bermula:
- Daftar untuk buka satu akaun dengan penyedia BNPL. Anda perlu beri maklumat seperti gambar kad pengenalan anda dan pautkan akaun BNPL anda kepada akaun bank dalam talian anda, kad debit ataupun kad kredit anda.
- Di laman pembayaran platform membeli-belah atau aplikasi anda, pilih BNPL sebagai cara pembayaran. Sila ambil maklum, ini bukan satu pilihan pembayaran yang memang ditawarkan di semua tempat. Bergantung pada di mana anda membeli-belah, mungkin hanya pelan BNPL tertentu sahaja yang boleh digunakan.
- Pilih penyedia BNPL yang anda mahu guna (Jika anda belum mendaftar untuk satu akaun BNPL, anda perlu lakukannya pada peringkat ini).
- Setelah anda memilih penyedia BNPL, jenis-jenis pelan pembayaran ansuran yang mereka tawarkan akan ditunjukkan kepada anda. Selalunya, anda perlu buat pembayaran pertama dahulu untuk melengkapkan pembelian anda.
- Setelah anda melengkapkan pembelian anda, penjual dalam talian akan memproses pembelian tersebut dan menguruskan penghantaran barang itu kepada anda.
- Untuk beberapa bulan seterusnya, anda perlu membuat pembayaran untuk barang yang dibeli mengikut jumlah bayaran ansuran bulanan yang telah anda persetujui dalam Langkah 4.