-
Pengenalan
-
Tip berguna apabila membeli kenderaan
Ketahui hak anda dari segi undang-undang di bawah perjanjian sewa beli
Pinjaman sewa beli di Malaysia tertakluk kepada Akta Sewa Beli 1967. Klik pada di sini untuk maklumat lanjut tentang hak anda dari segi undang-undang di bawah perjanjian sewa beli. Berikut disenaraikan beberapa perkara yang anda patut tahu:
- Dari segi undang-undang, anda bukan pemilik kereta anda yang sah sehinggalah anda sudah membuat bayaran penuh untuk menyelesaikan pinjaman kereta anda.
- Pihak bank hanya boleh menarik kereta anda jika anda gagal membayar pinjaman kereta anda untuk dua bulan berturut-turut. Pengambilan semula kereta hanya boleh dilakukan mengikut garis panduan khas yang telah ditetapkan.
- Anda tak boleh jual kereta anda selagi aturan sewa beli dengan bank dan pembeli belum diselesaikan.