-
Pengenalan
-
Tip berguna apabila membeli kenderaan
Akhir sekali, pertimbangkan nilai jualan semula kereta anda
Agak susah juga nak tahu apa nilai jualan semula sebuah kereta. Yang pasti, kereta anda akan dijual dengan harga yang lebih rendah daripada harga anda membelinya.
Secara umum, nilai kereta anda akan jatuh dalam 20-30%, walaupun kereta tersebut baru dibeli untuk beberapa bulan. Ini kerana kebanyakan orang lebih suka membeli dan menikmati manfaat kereta yang baru. Anda perlu cuba jual kereta anda pada harga yang terbaik kerana wang daripada jualan tersebut akan dapat membantu anda membuat bayaran muka untuk pembelian kereta anda yang seterusnya.
Berikut beberapa perkara yang boleh memberi kesan kepada nilai jualan semula kereta anda:
-
Buatan dan model kereta
Jenama dan model kereta yang berlainan akan susut nilai pada kadar yang berbeza-beza, maksudnya dua model kereta yang berbeza tapi dengan harga yang sama (untuk kereta baru) mungkin ada nilai jualan semula yang berlainan.
-
Pengubahsuaian, aksesori kereta, dan warna kereta anda
Citarasa anda dari segi pengubahsuaian kereta, aksesori dan warna mungkin tak sama dengan citarasa kebanyakan pembeli. Apa-apa yang luar daripada kebiasaan boleh menyebabkan kereta anda lebih susah dijual dan menurunkan nilai jualan semulanya.
-
Sama ada telah diselenggara dengan baik
Beberapa soalan penting untuk anda tanya diri sendiri: Adakah kereta anda telah dihantar ke pusat servis secara konsisten? Ada simpan rekod penghantaran kereta untuk diservis? Simpan resit pembayaran setiap kali anda hantar kereta untuk diservis!
-
Keadaan kenderaan anda
Bagaimana rupa kenderaan anda? Adakah terdapat kerosakan pada bahagian luar badannya, seperti kesan-kesan kemek? Adakah bahagian luar dan bahagian dalam kereta telah diselenggara dan dijaga dengan baik?
-
Sebarang kemalangan besar
Nilai jualan semula kenderaan anda akan jatuh jika anda pernah terlibat dalam apa-apa kemalangan besar yang mungkin telah menyebabkan kerosakan kepada struktur kereta itu.
-
Perbatuan kereta
Sebagai panduan am, lebih tinggi bacaan perbatuan kereta (maksudnya lebih banyak kereta itu telah digunakan), lebih rendah nilai jualan semula kereta itu.
-
Usia kenderaan itu
Lebih berusia kenderaan itu, lebih rendah nilai jualan semulanya.
-
Dan tentu sekali, penawaran dan permintaan
Kalau sudah ada model kereta yang lebih baru dan murah di pasaran yang mempunyai spesifikasi yang sama dengan kereta anda, mungkin ini juga akan menyebabkan kereta anda susah nak dijual. Maksudnya, permintaan untuk kereta anda dan juga harga jualan semulanya akan menjadi lebih rendah.