-
Pengenalan
-
Contoh pengiraan cukai
-
Jom selami lagi topik ni...
Apakah pelepasan cukai?
Pelepasan cukai ialah perbelanjaan yang dibenarkan oleh LHDN untuk dipotong daripada pendapatan kena cukai. Anda patut memanfaatkan pelepasan yang diberikan untuk membantu mengurangkan cukai anda.
For example, if you bought a personal computer last year, you will be eligible for a tax relief of up to RM2,500. Sebagai contoh, jika anda membeli komputer peribadi tahun lepas, anda layak mendapat pelepasan cukai sehingga RM2,500. Walau bagaimanapun, LHDN telah memperuntukkan pelepasan cukai Gaya Hidup Tambahan khusus untuk komputer peribadi/telefon pintar/tablet. Jadi, jika anda telah membelanjakan RM2,500 untuk komputer riba tambahan, anda boleh menuntut pelepasan maksimum RM2,500 daripada pelepasan tambahan ini.
Tiga perkara penting yang perlu diingat tentang pelepasan cukai:
- Pelepasan cukai dikemaskini setiap tahun. Periksa senarai pelepasan cukai setiap tahun.
- Ada syarat-syarat yang perlu dipenuhi untuk mendapatkan pelepasan cukai, jadi pastikan anda memenuhi kriteria untuk membuat tuntutan. Klik di sini untuk senarai penuh pelepasan cukai dan kriteria yang dikenakan.
- Untuk pelepasan cukai yang anda ingin tuntut, anda perlu simpan resit anda yang berkenaan untuk tempoh tujuh tahun sebagai bukti (sekiranya anda mendapat panggilan untuk menjalani audit cukai).
Berikut senarai beberapa pelepasan cukai yang mungkin terpakai untuk anda:
No. | Jenis-jenis Pelepasan Cukai Individu | Jumlah (RM) |
1 | Fi pendidikan untuk diri sendiri | Sehingga 7,000 |
2 | Perbelanjaan perubatan untuk ibu bapa | Sehingga 8,000 |
3 | Alat sokongan asas untuk diri sendiri, pasangan, anak atau ibu bapa yang kurang upaya | Sehingga 6,000 |
4 | Komputer peribadi, telefon bimbit, buku, peralatan sukan dan langganan internet | Sehingga 2,500 |
5 | Komputer Peribadi, telefon pintar, tablet Tambahan | Sehingga 2,500 |
6 | Fi penjagaan anak-anak di pusat penjagaan kanak-kanak atau taska yang berdaftar (Boleh dituntut sama ada oleh suami atau isteri, tidak kedua-duanya) | Sehingga 1,000 (Setiap anak) |