-
Pengenalan
-
Contoh pengiraan cukai
-
Jom selami lagi topik ni...
Apakah bayaran balik cukai?
Bayaran balik cukai ialah bayaran balik yang anda patut terima setelah terlebih bayar cukai anda. Ini sering terjadi kerana PCB anda tidak mengambil kira semua pelepasan cukai anda lebih rendah daripada jumlah keseluruhan PCB anda untuk tahun tersebut. Jadi, jika cukai kena bayar anda, anda layak mendapat bayaran balik cukai. Tapi jika ia lebih tinggi, anda perlu bayar perbezaannya. Jika majikan anda tidak membuat potongan PCB untuk anda (cuba tanya mengapa), anda hendaklah membayar jumlah cukai yang penuh. Jika anda menggunakan e-Filing, bayaran balik cukai anda akan didepositkan secara terus ke dalam akaun bank anda. Namun demikian, jika anda tidak memberikan butiran bank anda, anda akan menerima bayaran balik cukai dalam bentuk baucar (Sila ambil maklum, anda cuma boleh mendepositkan atau menukarnya untuk wang tunai di mana-mana cawangan bank CIMB di Malaysia). Kemungkinan juga cukai terlebih bayar anda tidak akan dibayar balik dan sebaliknya akan digunakan untuk membalas timbal (offset) cukai kena bayar anda pada masa hadapan.