-
Pengenalan
-
Contoh pengiraan cukai
-
Jom selami lagi topik ni...
Apakah rebat cukai?
Rebat cukai BUKAN pelepasan cukai. Berbeza daripada pelepasan cukai yang ditolak daripada jumlah pendapatan anda, rebat cukai ditolak daripada cukai kena bayar anda.
Terdapat empat rebat cukai pendapatan untuk individu:
- Individu berpendapatan RM35,000 atau kurang daripada itu
- Sekiranya anda dan suami/isteri mempunyai pendapatan bersama kurang daripada RM35,000, anda boleh mendapat rebat sebanyak RM800 (Penilaian Bersama)
Jika anda dan suami/isteri anda berdua mempunyai pendapatan bercukai kurang daripada RM35,000, anda masing-masing boleh mendapat rebat RM400 (Penilaian Berasingan) - Rebat ke atas levi yang dibayar apabila anda meninggalkan Malaysia dengan menaiki kapal terbang untuk tujuan mengerjakan umrah atau lawatan keagamaan yang lain.
- Zakat/Fitrah (Sehingga keseluruhan jumlah cukai kena bayar)
Sebagai contoh, jika anda telah membayar RM1,000 untuk tujuan zakat pada tahun tersebut, dan suami atau isteri anda tidak ada pendapatan, daripada jumlah cukai kena bayar sebanyak RM1,568, anda akan mendapat rebat RM1,400, menjadikan jumlah cukai kena bayar anda yang baru berjumlah RM168.