-
Pengenalan
-
Contoh pengiraan cukai
-
Jom selami lagi topik ni...
Pengenalan kepada Cukai Pendapatan
Apakah cukai pendapatan?
Cukai pendapatan ialah satu bayaran yang wajib dibuat kepada Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDN) berdasarkan jumlah pendapatan kena cukai anda dalam setahun.
Bila anda perlu memfailkan cukai?
Kebiasaannya, cukai perlu difailkan selewat-lewatnya pada 30 April setiap tahun. Cukai difailkan berdasarkan pendapatan yang diperolehi pada tahun sebelumnya. Ini dipanggil tahun taksiran.
Siapa yang perlu memfailkan cukai?
Sesiapa yang pendapatan bersihnya sebanyak RM34,000 atau lebih (selepas potongan KSWP dibuat) untuk tahun taksiran tersebut perlu mendaftarkan fail cukai dan menghantar penyata cukai setiap tahun.
Terma cukai yang anda perlu tahu:
Istilah | Maksud |
Pendapatan Kena Cukai | Jumlah pendapatan anda daripada semua sumber selepas menolak jumlah pelepasan cukai yang anda boleh tuntut. |
Pelepasan cukai | Perbelanjaan yang anda boleh potong daripada jumlah pendapatan anda untuk membantu mengurangkan jumlah cukai kena bayar. |
Kadar cukai | Peratusan yang digunakan untuk mengira berapa banyak cukai yang anda perlu bayar (cukai kena bayar). |
Rebat Cukai | Potongan yang boleh dibuat ke atas jumlah cukai kena bayar anda. |
Potongan Cukai Bulanan (PCB) | Potongan cukai bulanan yang diambil daripada gaji anda oleh majikan anda untuk tujuan pembayaran cukai anda. |
Bayaran balik cukai | Ini bayaran balik yang anda terima daripada LHDN jika anda telah terlebih bayar cukai anda. |