-
Pengenalan
-
Contoh pengiraan cukai
-
Jom selami lagi topik ni...
Apakah pendapatan kena cukai?
Pendapatan kena cukai ialah ialah jumlah pendapatan anda yang dikenakan cukai. Ia merangkumi seluruh pendapatan anda daripada semua sumber seperti gaji dan upah, pendapatan sewa dan komisyen, dan kemudian tolak semua pelepasan cukai yang anda boleh tuntut.
Anda boleh dapatkan jumlah pendapatan tahunan anda daripada borang EA anda, yang majikan anda sepatutnya berikan kepada anda. Borang EA ialah satu penyata tahunan yang diisi oleh majikan anda berkenaan dengan gaji dan bonus anda pada tahun sebelumnya. (Jangan lupa memasukkan bonus anda apabila mengira pendapatan tahunan!)