-
Pengenalan
-
Jom selami lagi topik ni...
- Apa itu pembiayaan semula?
- Bila anda patut pertimbangkan membuat pembiayaan semula pinjaman perumahan anda?
- Apakah fi yang anda harus tanggung?
- Apa yang akan dipertimbangkan oleh bank sebelum memberi anda pinjaman baru?
- Apa anda perlu buat sebelum mengambil keputusan untuk membuat pembiayaan semula pinjaman perumahan?
- Bagaimana cara membuat pembiayaan semula pinjaman perumahan anda?
Apakah fi yang anda harus tanggung?
Penalti
Bagi pinjaman perumahan, bank biasanya menetapkan tempoh minimum atau tempoh terkunci untuk anda membayar semula pinjaman. Tujuan utama tempoh terkunci ini ialah untuk memastikan bank mendapat faedah minimum daripada pinjaman anda. Jika anda membuat pembiayaan semula ketika masih dalam tempoh terkunci, anda akan dikenakan penalti berdasarkan jumlah pinjaman anda. Jadi jangan lupa untuk bertanya dengan bank anda tentang kadar penalti yang dikenakan sebelum anda memutuskan untuk membuat pembiayaan semula rumah anda.
Kos-kos lain
Apabila membuat pembiayaan semula, sebenarnya anda mengambil satu pinjaman baru. Apabila mengambil pinjaman baru, anda perlu menanggung kos-kos tertentu seperti fi guaman, fi pemprosesan bank, duti setem, fi penilaian hartanah dan perlindungan pembiayaan perumahan, iaitu Insurans Jangka Pengurangan Gadai Janji (MRTA) atau Insurans Jangka Tahap Gadai Janji (MLTA) Kos-kos ini boleh terkumpul menjadi banyak dan kalau anda sudah hampir habis membayar pinjaman anda, mungkin tak berbaloi untuk anda membuat pembiayaan semula.
Jadi sebelum anda membuat keputusan, lihat jumlah faedah yang anda dapat jimat dan bandingkannya dengan semua kos-kos lain yang anda perlu bayar untuk membuat pembiayaan semula. Kalau penjimatan faedah kurang daripada kos pembiayaan semula, maka anda tak patut teruskan membuat pembiayaan semula rumah anda.