-
Pengenalan
-
Jom selami lagi topik ni...
- Apa itu pembiayaan semula?
- Bila anda patut pertimbangkan membuat pembiayaan semula pinjaman perumahan anda?
- Apakah fi yang anda harus tanggung?
- Apa yang akan dipertimbangkan oleh bank sebelum memberi anda pinjaman baru?
- Apa anda perlu buat sebelum mengambil keputusan untuk membuat pembiayaan semula pinjaman perumahan?
- Bagaimana cara membuat pembiayaan semula pinjaman perumahan anda?
Apa yang akan dipertimbangkan oleh bank sebelum memberi anda pinjaman baru?
Bank akan melihat tiga perkara apabila memberi anda pinjaman baru:
-
Your ability to repay your loans
Bank akan menilai kemampuan anda untuk membayar balik pinjaman dengan melihat skor kredit andaanda. Skor kredit anda akan memberitahu mereka jika selama ini anda telah membuat semua bayaran balik pinjaman pada masa yang ditetapkan. Jadi pastikan skor kredit anda sentiasa bagus, Baca kiriman blog ini untuk ketahui kenapa skor kredit yang bagus adalah penting.
-
Tempoh
Kebanyakan bank hanya meluluskan pinjaman sehingga anda berumur 70 tahun. Contohnya, jika sekarang anda berumur 38 tahun, tempoh maksimum pinjaman yang boleh diberi oleh bank ialah 32 tahun. Jika anda berumur 50 tahun, anda hanya akan dapat pinjaman untuk tempoh 20 tahun atau kurang. Pada tahun 2013, Bank Negara telah mengeluarkan satu garis panduan untuk mengehadkan tempoh pembiayaan semula kepada 10 tahun. Namun, tidak semua bank mematuhi garis panduan tersebut. Jadi, dapatkan kepastian daripada bank tentang berapa lama tempoh pinjaman yang boleh diberikan kepada anda.
-
Nisbah hutang kepada pendapatan anda
Dengan melihat nisbah hutang kepada pendapatan anda, kita dapat mengetahui berapa jumlah pendapatan bulanan anda yang digunakan untuk membayar hutang setiap bulan. Sebagai panduan, cuba pastikan jumlah bayaran balik hutang anda (termasuk kas kredit, pinjaman peribadi, pinjaman kereta dan sebagainya) tidak melebihi 40% daripada pendapatan bulanan anda. Sebelum meluluskan permohonan pinjaman anda, bank akan semak jumlah komitmen bulanan anda seperti kredit kad dan pinjaman peribadi untuk melihat sama ada anda mampu membayar pinjaman baru tersebut.