-
Pengenalan
-
Jom selami lagi topik ni...
- Apa itu KWSP?
- Siapa boleh melabur dalam KWSP?
- Kenapa simpanan dalam KWSP tu penting?
- Bagaimana nak tahu jika anda menyimpan wang yang cukup untuk persaraan anda?
- Tapi kenapa melabur dalam KWSP? Selalunya berapa kadar pulangan yang diberi oleh KWSP?
- Apa perbezaan antara Pilihan Simpanan Konvensional dan Pilihan Simpanan Syariah?
- Bila saya boleh keluarkan wang simpanan KWSP saya?
- Apakah platform i-Invest KWSP yang baru?
- Tip Berguna
Siapa boleh melabur dalam KWSP?
Sebenarnya sesiapa pun boleh, kecuali pekerja sektor awam yang mempunyai pencen.
Ahli KWSP tergolong dalam 2 kategori asas:
- Mereka yang diwajibkan mencarum dalam KWSP
- Mereka yang mencarum secara sukarela
Mereka yang wajib mencarum ialah pekerja sektor swasta dan pekerja sektor awam yang tidak mempunyai pencen. Tahukah anda bahawa anda dan majikan anda boleh memilih untuk mencarum lebih daripada kadar caruman biasa 11% (pekerja) dan 12-13% (majikan)? Tidak ada had yang dikenakan terhadap jumlah anda boleh mencarum. Anda atau majikan anda hanya perlu menyerahkan borang di pejabat KWSP.
ika anda tidak mahu memberi komitmen untuk mencarum jumlah yang lebih pada setiap bulan, KWSP membenarkan anda membuat caruman sukarela terhadap Patut ke anda letak simpanan anda dalam KWSP? anda. Jika anda ada sedikit duit lebih, anda boleh masukkan duit tersebut ke dalam akaun KWSP anda. Had maksimum yang boleh disimpan secara sukarela ialah RM60,000 setiap tahun.
Bagaimana kalau anda tak ada majikan? Anda masih boleh menyimpan dalam KWSP dengan membuat caruman sukarela. Pergilah ke kaunter KWSP berdekatan dengan anda, dan mula mencarum.