-
Pengenalan
-
Jom selami lagi topik ni...
- Apa itu KWSP?
- Siapa boleh melabur dalam KWSP?
- Kenapa simpanan dalam KWSP tu penting?
- Bagaimana nak tahu jika anda menyimpan wang yang cukup untuk persaraan anda?
- Tapi kenapa melabur dalam KWSP? Selalunya berapa kadar pulangan yang diberi oleh KWSP?
- Apa perbezaan antara Pilihan Simpanan Konvensional dan Pilihan Simpanan Syariah?
- Bila saya boleh keluarkan wang simpanan KWSP saya?
- Apakah platform i-Invest KWSP yang baru?
- Tip Berguna
Apakah platform i-Invest KWSP yang baru?
Mulai tahun 2019, ahli KWSP yang layak boleh melabur dalam dana unit amanah yang ditawarkan oleh Institusi Pengurusan Dana yang diluluskan oleh KWSP melalui platform layan diri dalam talian i-Invest yang terdapat di dalam portal i-Akaun (Ahli).
Menggunakan platform KWSP membolehkan ahli menikmati caj jualan antara 0% hingga 0.5% daripada jumlah transaksi. Caj jualan ini jauh lebih rendah berbanding fi jualan yang biasanya dikenakan jika anda menggunakan saluran jualan unit amanah yang lain, contohnya seperti melalui agen jualan.
Sila ambil maklum, KWSP tidak menanggung sebarang risiko apabila anda memilih untuk mengeluarkan wang anda daripada KWSP untuk melabur dalam platform i-Invest. Modal anda dan dividen anda tidak dijamin apabila anda melabur dalam unit amanah. Your capital and your dividends are not guaranteed once you invest your unit trust.
Pendek kata, jangan keluarkan wang anda melainkan anda boleh mendapat pulangan yang lebih tinggi daripada yang diberikan oleh KWSP! Tiada guna memindahkan pelaburan anda keluar daripada KWSP jika ia dilaburkan dalam dana yang prestasinya lebih rendah daripada KWSP.