-
Pengenalan
-
Jom selami lagi topik ni...
- Apa itu KWSP?
- Siapa boleh melabur dalam KWSP?
- Kenapa simpanan dalam KWSP tu penting?
- Bagaimana nak tahu jika anda menyimpan wang yang cukup untuk persaraan anda?
- Tapi kenapa melabur dalam KWSP? Selalunya berapa kadar pulangan yang diberi oleh KWSP?
- Apa perbezaan antara Pilihan Simpanan Konvensional dan Pilihan Simpanan Syariah?
- Bila saya boleh keluarkan wang simpanan KWSP saya?
- Apakah platform i-Invest KWSP yang baru?
- Tip Berguna
Tapi kenapa melabur dalam KWSP? Selalunya berapa kadar pulangan yang diberi oleh KWSP?
Apabila anda melabur dalam KWSP, anda dijamin menerima dividen tahunan pada kadar minimum 2.5% jika anda memilih akaun konvensional. conventional account.
Harus diingat bahawa mengikut sejarah, pulangan KWSP selalunya berada dalam lingkungan 6% (untuk 10 tahun lepas), jauh lebih tinggi daripada kadar minimum 2.5% yang dijamin oleh mereka. Pulangan seperti ini jauh lebih baik berbanding pelaburan dalam deposit tetap (lebih kurang 3%) iaitu pelaburan yang paling menyerupai KWSP dari segi profil risiko. Tambahan pula, KWSP ialah pelaburan yang selamat dan menghasilkan pulangan yang baik terutamanya memandangkan anda mengambil risiko yang sangat sedikit.
Pulangan sejarah ini secara amnya boleh dibandingkan dengan pulangan produk pelaburan lain selepas anda menolak bayaran fi. Kenapa ini penting? Jika sesebuah produk pelaburan tidak memberi anda pulangan yang lebih baik daripada KWSP selepas menolak bayaran fi, maksudnya anda tidak mendapat apa-apa pulangan yang lebih untuk risiko tambahan yang anda ambil.
KWSP mencapai pulangan kira-kira 6% kerana ia mempunyai pasukan sepenuh masa yang bekerja keras menguruskan wang anda untuk anda. Kebanyakan daripada kita tidak akan dapat meluangkan masa untuk belajar dan menguruskan pelaburan kita pada tahap kejayaan yang sama. Inilah sebabnya kami sangat menyarankan anda meletakkan simpanan anda dalam KWSP. Jika anda berminat untuk mengetahui jenis pelaburan yang dilakukan oleh KWSP, anda boleh semak laporan tahunan mereka.
Sumber : https://www.kwsp.gov.my/documents/20126/f4d7f36f-ff1f-5017-f94d-8bfdf1ffc644