Kalau sekarang ni anda tak mampu beli rumah yang anda mahu, apa yang boleh anda buat?
- Pertimbangkan menyewa rumah. Ini mengurangkan tekanan kewangan anda dan anda tak perlu risau tentang kemungkinan hilang pekerjaan atau macam mana nak hadapi masalah kewangan yang lain. Lagipun, anda boleh cuba dulu duduk di kawasan yang anda suka sebelum memberi komitmen dengan membeli rumah di situ.
- Manfaatkan salah satu daripada skim perumahan mampu milik yang ditawarkan oleh kerajaan. Beberapa badan kerajaan yang terlibat adalah Perbadanan PR1MA Malaysia (PR1MA), Program Perumahan Penjawat Awam 1Malaysia (PPA1M), UDA Holdings Bhd, Syarikat Perumahan Negara Berhad (SPNB), dan Program Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT). Pastikan anda layari laman web Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan untuk semak jika ada pengumuman baru yang mungkin berguna untuk anda.
- Beli satu hartanah secara perkongsian dengan salah seorang daripada ahli keluarga anda. Tapi, pastikan anda pilih ahli keluarga tersebut dengan bijak. Soalan yang perlu ditanya kepada diri anda termasuk: adakah ahli keluarga anda itu akan membuat bayaran bulanannya? – ini sangat penting, sebab kalau dia tak buat bayaran, andalah yang kena bayar semuanya! Adakah anda mempunyai proses untuk menentukan bila untuk menjual rumah anda?