REIT – Satu Pilihan Pelaburan Untuk Dipertimbangkan Oleh Setiap Warga Malaysia
REIT membuka jalan untuk rakyat Malaysia melibatkan diri dalam pelaburan hartanah. Ia bukanlah satu produk pelaburan yang sempurna (memang tak ada produk yang sempurna) dan usaha wajar yang teliti (iaitu penyelidikan dan analisis) patut dibuat sebelum melabur di dalamnya. Tapi REIT memang satu pilihan pelaburan yang baik dan patut dipertimbangkan oleh setiap rakyat Malaysia – terutamanya mereka yang inginkan pelaburan yang mampu memberikan aliran tunai secara tetap.