-
Pengenalan
-
Jom selami lagi topik ni...
Prestasi Lampau REIT Malaysia vs. Saham dan Hartanah Tradisional
Pada bulan Oktober 2017, Bursa Malaysia telah melancarkan Indeks REIT Bursa Malaysia. Indeks ini memberi pelabur satu gambaran keseluruhan beraras tinggi tentang prestasi REIT Malaysia. Ia juga membolehkan kita melihat prestasi lampau M-REIT berbanding hartanah dan saham.
Mari kita lihat prestasi Indeks M-REIT dari 24 Januari 2018 sehingga 24 Januari 2020.
Untuk tempoh 2 tahun, prestasi M-REIT secara keseluruhannya agak mendatar jika diukur dari segi harga, tanpa mengambil kira dividen yang diterima oleh pemegang unit.
Bandingkan dengan prestasi pasaran saham di Malaysia secara keseluruhan—diwakili oleh FBM KLCI Index- bagi tempoh masa yang sama.
Kita boleh mendapat gambaran yang jelas daripada graf-graf di atas. Dalam tempoh dua tahun yang lepas, M-REIT kekal stabil sementara pasaran saham Malaysia merosot sebanyak 15%.
Bagaimana pula dengan pasaran hartanah kediaman di Malaysia? The Malaysian Real Residential Price Index diukur setiap suku tahun, dan data yang paling baru bertarikh 30 Jun 2019. Data ini bukan dikumpulkan oleh kerajaan Malaysia, tetapi oleh Bank of International Settlements. Namun kita masih boleh menggunakannya sebagai asas dalam membuat perbandingan.
Dalam tempoh masa yang sama, indeks ini telah berkembang sebanyak 1.3%. Jadi, prestasinya lebih baik sedikit berbanding M-REIT dari segi kenaikan harga.
Tapi apa sebenarnya yang boleh dipelajari daripada semua data ini tentang REIT sebagai satu pilihan pelaburan? Melihat prestasi lampaunya berbanding saham, adakah ini bermakna anda patut jual semua saham anda dan melabur dalam REIT? Tunggu dulu.