-
Pengenalan
-
Jom selami lagi topik ni...
Jangan Terburu-buru Membuat Sebarang Pelaburan, Termasuk REIT!
Ya, REIT boleh jadi satu pelaburan tambahan yang bernilai untuk portfolio anda. Memang benar, untuk tempoh dua tahun yang lepas, prestasi REIT lebih memberangsangkan berbanding saham. Tapi anda perlu ingat satu perkara tentang pelaburan: prestasi lampau bukan ramalan prestasi akan datang. Walaupun REIT menunjukkan prestasi yang baik setakat ini, tak ada jaminan bahawa prestasinya akan kekal begitu pada masa akan datang. Ini benar untuk saham, REIT dan pasaran hartanah secara keseluruhan—bukan secara individu.
Pengajarannya, jangan cepat teruja dengan data jangka pendek tentang harga yang boleh menyebabkan anda membuat keputusan yang merugikan. Sebaliknya, anda perlu faham risiko yang wujud dalam setiap pelaburan, dan anda harus ada kerangka analisis untuk membantu anda membuat keputusan pelaburan yang baik.
Inilah matlamat yang cuba dicapai dalam Bahagian 2 panduan ini.
Sumber tambahan