-
Pengenalan
-
Jom selami lagi topik ni...
Apa yang patut saya buat jika permohonan pinjaman peribadi saya ditolak?
Saya memang betul-betul perlukan duit, mungkin saya patut pergi pinjam dengan Ah Long?
Jika permohonan pinjaman anda ditolak dan anda rasa terdesak untuk pergi meminjam dengan Ah Long, BERWASPADALAH.
Kalau anda dengar Ah Long menyebut "Sepuluh Tiga" and "Sepuluh Empat", maksudnya mereka akan mengenakan caj faedah pada kadar 30% atau 40% setiap bulan. Dan itu bukan faedah untuk setahun, itu faedah untuk sebulan! Jadi katakan anda perlu meminjam RM 1,000, anda perlu membayar balik dalam tempoh 12 bulan, dan Ah Long menawarkan pinjaman ini kepada anda pada kadar faedah 30%.
Ini apa yang anda akan bayar:
Jumlah kos keseluruhan: RM 3,761
Kos faedah: RM 2,761 (ya, anda kena bayar lebih daripada dua kali ganda jumlah pinjaman sebanyak RM1,000!) Bayaran balik bulanan anda: RM 313 |
Adakah anda mampu membayar RM 313.45 sebulan?
Menurut laporan akhbar, ada kemungkinan Ah Long ini boleh berkelakuan ganas dan akan merampas dokumen penting daripada anda sebagai cara untuk memastikan anda membayar balik semua hutang anda dengan mereka. Dan Ah Long takkan terima pun kalau anda nak langsaikan hutang anda lebih awal, mereka nak pastikan mereka dapat setiap sen duit mereka semula, serta semua faedah!