-
Pengenalan
-
Jom selami lagi topik ni...
Ringkasan
Pinjaman peribadi ialah satu cara anda boleh meminjam wang daripada sebuah bank atau institusi kewangan. Anggaplah ia sebagai sejenis pinjaman umum yang tidak memerlukan anda memberi apa-apa cagaran kepada pihak bank, seperti sebuah rumah atau kereta. Anda mempunyai kebebasan (dan tanggungjawab) untuk menggunakan wang pinjaman itu untuk membayar apa sahaja mengikut keperluan anda.
-
Punca utama muflis di Malaysia
Pinjaman peribadi ialah #1 penyebab kemuflisan di Malaysia. Jika anda tidak BENAR-BENAR perlu membuat pinjaman peribadi, jangan lakukannya!
Jika tujuan anda mendapatkan pinjaman peribadi ialah untuk membayar hutang-hutang anda yang lain, anda patut pergi dulu ke Agensi Kaunseling & Pengurusan Kredit (AKPK) untuk mendapatkan kaunseling kewangan. Ini boleh menyelamatkan anda daripada terjerumus ke dalam masalah kewangan yang lebih parah!
-
Semak kadar faedah
Kadar faedah untuk pinjaman peribadi selalunya lebih rendah daripada kad kredit, tapi masih boleh mencapai setinggi 18% setahun! Jika anda memang perlu membuat pinjaman peribadi, pastikan anda membuat pilihan pinjaman yang betul dengan kadar faedah yang paling rendah.
-
Berwaspada dengan pinjaman peribadi daripada pemberi pinjam wang tak berlesen
Daripada laporan akhbar, kita tahu bahawa meminjam dengan pemberi pinjam wang yang tidak berlesen adalah bahaya dan boleh menyebabkan masalah kewangan yang teruk. Pastikan anda selidik pemberi pinjam mana yang berlesen dan yang mana tidak berlesen, dan JANGAN pergi meminjam dengan Ah Long!!
(Kemuflisan ialah satu status undang-undang yang menandakan bahawa seseorang itu telah gagal membayar balik hutang mereka kepada pemiutang mereka. Anda akan diisytiharkan muflis selepas anda menjalani satu prosiding kemuflisan dan seorang hakim telah mengisytiharkan anda muflis. Tidak membayar hutang tidak semestinya menjadikan anda muflis, tetapi ia menjadikan anda tidak mampu bayar (insolvent). Jumlah hutang anda kepada pemiutang perlu mencecah sekurang-kurangnya RM50,000 sebelum anda boleh diisytiharkan muflis.)