-
Pengenalan
-
Jom selami lagi topik ni...
Menguruskan Hutang
Salah satu dokumen yang tentu akan diminta oleh pihak bank apabila anda membuat pinjaman ialah keratan penyata gaji. Macam mana kalau anda tak ada keratan penyata gaji kerana anda tak bekerja untuk sebuah syarikat? Baca lagi untuk pelajari bagaimana anda boleh memohon pinjaman dan dapatkan tip pengurusan hutang bagi orang yang bekerja sendiri tanpa pendapatan tetap.
Anda boleh klik pautan berikut untuk membaca Panduan kami dan belajar lagi tentang pinjaman yang selalu diambil termasuk:
Pinjaman perumahan
Pinjaman kenderaan
Kad kredit
Pinjaman peribadi
Ingat, pinjaman hanya patut diambil kalau anda benar-benar perlukannya, untuk mengelakkan anda hilang kawalan dan terjerumus dalam kancah hutang. Kalau ada terlalu banyak hutang yang anda tak boleh nak bayar, ini akan menjejaskan skor kredit anda. Anda boleh baca lebih lanjut tentang topik ini dalam Panduan kami tentang penskoran kredit.
Kalau anda memohon pinjaman sebagai seorang pekerja yang bekerja sendiri, prosesnya mungkin lebih panjang atau anda mungkin perlu menyerahkan lebih banyak dokumentasi berbanding pekerja biasa. Ini kerana anda tak ada keratan penyata gaji bulanan yang merupakan salah satu dokumen asas yang diminta oleh institusi kewangan apabila memproses permohonan pinjaman. Untuk menggantikan keratan penyata gaji, bank mungkin meminta anda menunjukkan penyata bank serta apa-apa invois yang telah dikeluarkan kepada pelanggan, atau apa-apa perjanjian yang ditandatangani dengan pelanggan, untuk mengesahkan pendapatan yang anda perolehi.
Apa yang anda perlu tahu:
Kadar faedah efektif
Kadar faedah efektif (effective interest rates, EIR) ialah kadar faedah sebenar yang anda akan bayar untuk pinjaman anda selepas mengambil kira tempoh pinjaman. Pastikan anda tahu kadar faedah efektif sesuatu pinjaman sebelum membuat permohonan, untuk mengelak terpaksa membayar lebih daripada yang dijangkakan. Baca Panduan kami untuk ketahui lebih lanjut tentang EIR..
Anda boleh juga kira EIR untuk kadar faedah rata pinjaman bagi pinjaman peribadi/sewa beli dengan menggunakan kalkulator dan pinjaman perumahan dengan menggunakan kalkulator pinjaman perumahan.
Bagaimana tempoh pinjaman memberi kesan kepada jumlah wang yang perlu anda bayar
Secara umum, anda boleh kurangkan jumlah yang anda perlu bayar dengan melangsaikan hutang anda lebih awal. Lebih panjang tempoh pinjaman anda, lebih banyak faedah yang perlu dibayar. Jadi, kalau anda bijak memilih tempoh pinjaman, anda boleh kurangkan jumlah pinjaman yang perlu dibayar balik.
Secara umum, cara bayaran balik pinjaman dan faedah bergantung kepada tempoh dan jenis pinjaman tersebut:
- Pinjaman sewa beli: Bayaran bulanan yang tinggi bermakna anda boleh langsaikan wang pokok dan juga faedah hutang anda. Jika anda langsaikan hutang anda lebih awal, bank akan memberi anda rebat.
- Pinjaman perumahan: Lebih banyak jumlah pinjaman yang anda bayar, lebih banyak jumlah wang pokok yang dikurangkan, ini menyebabkan jumlah faedah yang anda perlu bayar juga berkurangan.
- Kad kredit: Sentiasa pastikan yang bil-bil anda dibayar sebelum tarikh akhir untuk mengelakkan daripada berhutang, memandangkan anda akan dikenakan faedah jika anda lewat membayar bil.
Namun begitu, ada juga kemungkinan yang anda akan dikenakan penalti kalau anda langsaikan pinjaman anda terlalu awal. Tanya bank anda tentang tempoh minimum untuk anda bayar balik pinjaman anda, dan baca blog kami untuk belajar lagi tentang membuat bayaran awal untuk pinjaman yang diambil.