-
Pengenalan
-
Jom selami lagi topik ni...
Simpanan & Pelaburan
Simpanan
Kalau anda bekerja sendiri tanpa pendapatan tetap setiap bulan, salah satu perkara utama yang menjadi kebimbangan ialah kecukupan wang untuk sara diri. Jadi, penting untuk anda menyimpan duit bila ada peluang, supaya anda tak akan kesempitan wang terutamanya apabila berlaku kecemasan.
Dalam merancang belanjawan anda, cuba asingkan sejumlah wang untuk disimpan setiap bulan. Anda boleh juga baca Panduan kami tentang matlamat simpanan untuk mendapatkan lagi tip-tip berguna tentang menyimpan wang.
Tapi ingat, nilai simpanan anda akan susut dengan peredaran masa disebabkan oleh inflasi, jadi anda mungkin perlu buat pelaburan untuk mengembangkan wang anda dengan lebih cepat dan melindungi daripada inflasi, terutamanya untuk memastikan yang anda ada cukup wang untuk persaraan. Anda boleh baca tentang pelaburan dalam bahagian seterusnya.
Pelaburan
Pelaburan akan membantu anda menambah nilai bersih anda serta mempersiapkan anda untuk persaraan. Jika tidak dilaburkan, wang yang anda simpan akan susut nilainya akibat inflasi.
Memang, melabur boleh jadi menakutkan kalau anda tak biasa melakukannya. Mungkin selama ini anda berminat nak melabur tetapi tak pasti bagaimana dan di mana nak mulakan langkah. Apa kata anda belajar perkara asas dulu dengan membaca Panduan kami tentang pengenalan kepada pelaburan.
Secara umum, kalau anda mahu wang anda berkembang dan jika anda ada kemampuan setelah menambah simpanan anda, anda boleh melabur dalam produk-produk pelaburan berikut(Klik pautan untuk baca lagi!):
Deposit Tetap
Saham
Dana Dagangan Bursa (ETF)
Amanah Pelaburan Hartanah (REIT)
dana unit amanah