• Laman Utama
  • Tentang Kami
  • Panduan kami

    Savings Calculator to calculate savings goals and basic savings projections

    Merancang Belanjawan

    Investment Returns Calculator to calculate investment returns, investment comparisons and investment portfolio simulator

    Simpanan & Pelaburan

    Guides to tackle financial debts in Malaysia for Free

    Menguruskan Hutang

    Free Guides on Choosing and purchasing a vehicle in Malaysia

    Membeli Kenderaan

    Free Guides on Purchasing a Home in Malaysia and avoiding crippling debt

    Membeli Rumah

    Free Guides On purchasing insurance in Malaysia safely

    Insurans

    Free guides to ensure a comfortable Retirement by planning your retirement

    Persaraan

    All Guides Icon

    Semua Panduan

  • Panduan kami
    • Merancang Belanjawan
    • Simpanan & Pelaburan
    • Membeli Rumah
    • Membeli Kenderaan
    • Menguruskan Hutang
    • Insurans
    • Persaraan
  • Kalkulator
  • Blog
  • Ambil Kuiz
    • English
    • Bahasa Malaysia
    Ada pertanyaan?
    hello@multiply.org.my
    DaftarLog masuk
    MultiplyMultiply
    • Laman Utama
    • Tentang Kami
    • Panduan kami

      Savings Calculator to calculate savings goals and basic savings projections

      Merancang Belanjawan

      Investment Returns Calculator to calculate investment returns, investment comparisons and investment portfolio simulator

      Simpanan & Pelaburan

      Guides to tackle financial debts in Malaysia for Free

      Menguruskan Hutang

      Free Guides on Choosing and purchasing a vehicle in Malaysia

      Membeli Kenderaan

      Free Guides on Purchasing a Home in Malaysia and avoiding crippling debt

      Membeli Rumah

      Free Guides On purchasing insurance in Malaysia safely

      Insurans

      Free guides to ensure a comfortable Retirement by planning your retirement

      Persaraan

      All Guides Icon

      Semua Panduan

    • Panduan kami
      • Merancang Belanjawan
      • Simpanan & Pelaburan
      • Membeli Rumah
      • Membeli Kenderaan
      • Menguruskan Hutang
      • Insurans
      • Persaraan
    • Kalkulator
    • Blog
    • Ambil Kuiz
      Panduan kamiMerancang BelanjawanKewangan Peribadi 101 untuk Golongan yang Bekerja Sendiri
      • Pengenalan 1

        • Lecture1.1
          Ringkasan
      • Jom selami lagi topik ni... 6

        • Lecture2.1
          Merancang Belanjawan
        • Lecture2.2
          Simpanan & Pelaburan
        • Lecture2.3
          Insurans
        • Lecture2.4
          Menguruskan Hutang
        • Lecture2.5
          Perancangan Persaraan
        • Lecture2.6
          Manfaat bekerjasama dengan platform e-hailing/digital

        Perancangan Persaraan

        Penting untuk anda merancang persaraan anda, memandangkan pendapatan yang anda jana sekarang bukan sahaja perlu digunakan untuk menampung perbelanjaan harian, tetapi juga untuk menambah simpanan untuk tujuan persaraan, kecuali kalau anda nak terus bekerja sehingga ke akhir hayat. Dengan adanya kadar faedah pengkompaunan, lebih banyak wang yang anda simpan untuk persaraan, lebih banyak wang anda boleh berkembang setiap tahun. Jadi, anda patut mula menyimpan untuk persaraan seawal yang boleh.

         

        Tidak seperti pekerja biasa, golongan yang bekerja sendiri mungkin tidak mempunyai simpanan persaraan dalam KWSP, memandangkan mereka tidak wajib mencarum dalam KWSP. Mencarum dalam KWSP ialah satu pelaburan jangka panjang yang selamat untuk dipertimbangkan. Oleh itu, anda patut ambil peluang menabung dalam KWSP untuk tujuan persaraan. Anda boleh lakukan ini dengan mencarum dalam skim i-Saraan sukarela KWSP. scheme.

         

        Anda boleh juga menabung untuk persaraan menerusi Skim Persaraan Swasta (Private Retirement Schemes -PRS). PRS ialah satu pelaburan jangka panjang untuk membantu membina dana persaraan. Namun, tidak seperti KWSP, tiada jaminan diberikan tentang kadar dividen minimum. Tak mustahil anda boleh kehilangan wang apabila melabur dalam PRS, memandangkan wang modal anda tidak dilindungi.

         

        EPF’s i-Saraan

        Apa sebenarnya skim insurans tersebut?

        Skim i-Saraan disediakan untuk golongan bekerja sendiri yang tidak mempunyai pendapatan tetap, untuk membantu mereka menabung untuk persaraan. Tiada jumlah minimum yang wajib dicarumkan. Anda boleh mencarum pada bila-bila masa sehingga jumlah maksimum RM60,000 setahun. Cuba lihat berapa banyak wang yang boleh anda simpan kalau anda mencarum dalam KWSP dengan menggunakan kalkulator simpanan persaraan kami.

         

        KWSP memberi jaminan bahawa dividen tahunan minimum sebanyak 2.5% akan diberikan kepada pencarum. Dalam tempoh 20 tahun yang lepas, KWPS telah membayar dividen tahunan purata sebanyak 5.6% setahun. Ini kadar yang lebih tinggi berbanding dengan kadar yang diperoleh jika anda menyimpan wang dalam akaun simpanan tetap. Anda boleh buat pengeluaran penuh daripada akaun KWSP anda apabila anda mencapai umur 55 tahun dan membuat pengeluaran separa jika anda perlu membeli rumah atau membayar perbelanjaan perubatan.

         

        Siapa yang patut mendapatkannya?

        • Golongan yang bekerja sendiri
        • Mereka yang tiada gaji tetap contohnya pedagang kecil-kecilan, petani, dan pekerja bebas

         

        Kenapa anda patut dapatkannya?

        • Dividen tahunan (dijamin sekurang-kurangnya 2.5%).
        • Pelepasan cukai pendapatan sehinggga RM4,000.
        • Bantuan kematian RM2,500 untuk waris yang dilantik apabila anda meninggal dunia.
        • Akses percuma kepada Perkhidmatan Nasihat Persaraan KWSP.
        • Di bawah satu insentif kerajaan khas, kerajaan akan menyumbang 15% daripada jumlah wang yang anda carum, sehingga jumlah maksimum RM250 setahun, sehingga tahun 2022.
        • Ia memberi anda kebebasan dalam membuat caruman. Anda tak perlu mencarum amaun minimum yang tertentu.
        • Caruman boleh meningkatkan skor kredit anda.
        • Memandangkan anda tak ada caruman KWSP yang mandatori seperti pekerja makan gaji, ini akan membantu anda menyimpan untuk persaraan anda.

         

        Bila boleh memohon?

        • Anda boleh membuat permohonan pada bila-bila masa.
        • Kerajaan akan membayar insentif istimewa sehingga 2022, jadi mohonlah sebelum itu supaya anda dapat nikmati manfaat ini.

         

        Syarat-syarat:

        • Warganegara Malaysia
        • Bekerja sendiri
        • Berdaftar sebagai seorang ahli KWSP
        • Berusia 55 tahun ke bawah
        • Hantar Borang KWSP 16G(M) ke salah sebuah cawangan KWSP untuk memohon mencarum dalam i-Saraan.

         

        Bagaimana cara untuk mendaftar?

        • Jika ingin mendaftar untuk i-Saraan, dapatkan borang KWSP 16G(M) daripada mana-mana kaunter KWSP atau muat turun di sini..
        • Isi dan hantar borang tersebut ke mana-mana cawangan KWSP. Bawa MyKAd anda untuk tujuan pengesahan identiti.

         

        Apa yang anda perlu buat:

        • Dapatkan Borang KWSP 6A (2) daripada mana-mana kaunter KWSP atau muat turun borang tersebut di sini:
        • Isi Borang tersebut
        • Anda boleh hantar borang tersebut dan mencarum dalam KWSP melalui salah satu cara berikut:
          • Tunai atau cek di kaunter penerimaan KWSP di ibu-ibu negeri
          • Pindahan wang melalui perbankan dalam talian melalui:
            • Maybank
            • Public Bank
            • RHB Bank
            • Bank Muamalat
            • CIMB Bank
            • Bank Islam
          • Tunai atau cek di kaunter ejen bank berikut:
            • BSN
            • Maybank
            • Public Bank
            • RHB Bank

         

        Private Retirement Schemes

        Apa sebenarnya skim insurans tersebut?

        Skim Persaraan Swasta ialah satu skim persaraan jangka panjang untuk membantu individu mengembangkan wang mereka bagi tujuan persaraan. Ia caruman yang berbentuk sukarela dan bertujuan untuk menjadi pelengkap kepada caruman KWSP. Caruman minimum ke dalam akaun PRS bergantung kepada skim yang anda pilih. Anda boleh mencarum dalam PRS bila-bila masa yang anda suka. Caruman tak perlu dibuat secara bulanan, jadi ini sangat membantu jika anda tiada pendapatan tetap.

         

        Caruman ke dalam dana PRS anda akan dibahagikan kepada dua sub-akaun yang berlainan oleh Penyedia PRS:

         

        Sub akaun A (70% daripada caruman anda) Sub akaun B (30% daripada caruman anda)
        Anda boleh mengeluarkan wang daripada akaun ini setelah mencapai usia persaraan

         

        ● Anda boleh mengeluarkan wang daripada akaun ini sebelum mencapai usia persaraan tetapi anda perlu membayar penalti cukai 8% atas jumlah pengeluaran anda.

        ● Kalau anda mengeluarkan wang selepas bersara, anda tak perlu bayar penalti cukai.

         

        Kelayakan

        • Berumur sekurang-kurangnya 18 tahun pada tarikh pembukaan akaun
        • MyKad

         

        Kenapa anda patut dapatkannya?

        • Anda boleh nikmati pengecualian cukai sehingga RM3,000 kalau anda mencarum dalam akaun PRS.
        • Anda berkemungkinan boleh menjana faedah lebih tinggi untuk pelaburan anda berbanding akaun simpanan tetap. Tapi, tak seperti KWSP, tiada jaminan dividen minimum diberikan.
        • Anda boleh mencarum bila-bila masa yang anda mahu.

         

        Di mana anda boleh memohon?

        Anda boleh memohon untuk membuka akaun PRS daripada penyedia berikut::

         

        • Affin Hwang Asset Management Berhad
        • AIA Pension and Asset Management Sdn Bhd
        • AmFunds Management Berhad
        • Principal Asset Management Berhad
        • Kenanga Investors Berhad
        • Manulife Asset Management Services Bhd
        • Public Mutual
        • RHB Investment Management Sdn. Bhd.

         

        Apa yang anda perlu ingat:

        • Modal anda dalam akaun PRS tidak dilindungi.
          • Ada risiko pelaburan yang anda ambil, jadi tidak mustahil anda akan mengalami kerugian.
        • PRS tidak menjamin apa-apa dividen minimum.
          • Jika dalam sesuatu tahun itu dana anda tidak menikmati keuntungan, anda tak akan menerima pendapatan dividen untuk tahun tersebut.
        • Anda juga perlu membayar caj jualan, fi pengurusan tahunan dan fi pentadbiran.
        SEBELUMNYA Menguruskan Hutang
        SETERUSNYA Manfaat bekerjasama dengan platform e-hailing/digital

        Kategori Panduan

        • Merancang Belanjawan
        • Simpanan & Pelaburan
          • ETF
          • Unit Amanah
          • Saham
          • Asas Pelaburan
          • Deposit Tetap
          • Simpanan
        • Menguruskan Hutang
        • Membeli Kenderaan
        • Membeli Rumah
        • Insurans
        • Persaraan

        Peringkat hidup

        • Pelajar
        • Keluarga
        • Pekerja Dewasa
        • Pesara

        Panduan terkini

        5 Perkara untuk Diselidik Sebelum Melabur dalam Saham sesebuah Syarikat

        5 Perkara untuk Diselidik Sebelum Melabur dalam Saham sesebuah Syarikat

        Free
        What you need to know about ‘Buy Now, Pay Later’ plans

        Apa yang anda perlu tahu tentang pelan 'Beli Sekarang, Bayar Kemudian'

        Free
        Apa Yang Anda Perlu Tahu Tentang E-Wallet?

        Apa Yang Anda Perlu Tahu Tentang E-Wallet?

        Free

        Jangan ketinggalan, sertai senarai mel kami!

        newsletter-subscribe-multiply

        logo-multiply-learn-investing-for-free

        hello@multiply.org.my

        Maklumat

        • Laman Utama
        • Blog
        • Tentang Kami
        • Hubungi

        Kategori

        • Merancang Belanjawan
        • Simpanan & Pelaburan
        • Menguruskan Hutang
        • Membeli Kenderaan

        Kategori

        • Membeli Rumah
        • Insurans
        • Persaraan
        • Semua Panduan

        Instagram Feed

        Ready to simplify your finances and achieve financ Ready to simplify your finances and achieve financial independence? 🔥💰 Swipe to learn more about the FIRE concept as part of our Multiply Simplifies series. Discover how you can retire early and live the life you want by following these simple steps.#FIRE #retirement #multiplysimplifies #financialfreedom #financialindependence #financemadesimple #financialliteracy #financialeducation #multiplymalaysia #malaysia
        EPF savings will always be enough for my retiremen EPF savings will always be enough for my retirement - do you think this is a fact or a myth? 🤔Check out our reel to find out the answer, and the recommended retirement savings amount you should have! 🏦#mythbusters #mythbusting #mythbustingmonday #retirement #retirementplanning #retirementsavings #retire #epf #kwsp #personalfinance #malaysia #financialliteracy
        Money talk made simple! 🤑 Introducing Multiply Money talk made simple! 🤑 Introducing Multiply Simplifies - your one-stop destination for all things finance! 💰💸 From budgeting to savings, we've got you covered. Today its about EPF, also known as KWSP (Kumpulan Wang Simpanan Pekerja).Follow us for weekly bite-sized explanations that make financial concepts & elements easy to understand. #multiplysimplifies #financemadesimple #moneytalk #financialliteracy #financialeducation #kewangan #financemalaysia #epf #kwsp #personalfinance #multiplymalaysia #malaysia
        Anda rasa simpanan persaraan penting atau tak untu Anda rasa simpanan persaraan penting atau tak untuk suri rumah? 🤔 Tonton reel ini, biar kami jelaskan, dan beritahu pendapat anda di ruangan komen di bawah!👇#mythbustingmonday #multiplymalaysia #celikkewangan #pendidikankewangan #surirumah #wanitaperlutahu #duit #kewangan #wanita #isayang #kwsp

        Multiply by Creador Foundation.

        • Privasi
        • Terma
        • Peta laman

        Facebook Google

        Log masuk dengan akaun laman anda

        3 × 4 =

        Lupa kata laluan anda?

        Belum jadi ahli? Daftar sekarang

        Daftar akaun baru

        1 × four =

        Anda seorang ahli? Log masuk sekarang

        Bahasa :

        • English
        • Bahasa Malaysia

        Apa gaya perbelanjaan anda?

        Menguruskan perbelanjaan boleh jadi sesuatu yang rumit. Cuba beritahu kami bagaimana anda membelanjakan wang dan kami boleh bantu anda mencari jalan bagaimana untuk berbelanja dengan lebih baik!

        1. Bagaimana anda memperoleh pendapatan?
        2. Bagaimana pengurusan kewangan anda sebelum COVID-19 melanda?
        3. Bagaimana COVID-19 telah memberi kesan kepada perbelanjaan anda secara keseluruhannya?
        4. Bagaimana perintah kawalan pergerakan (PKP/PKPB) telah memberi kesan kepada penggunaan kad kredit anda?
        5. Jika anda menerima Bantuan Prihatin Nasional (BPN), bagaimana anda menggunakannya?
        6. Jika anda mengambil wang daripada akaun KWSP anda dalam tempoh PKP/PKPB (di bawah i-Lestari), bagaimana anda menggunakannya?
        7. Moratorium pinjaman berguna untuk saya kerana:
        8. Musim percutian sudah dekat. Apa perancangan anda untuk aktiviti beli-belah hujung tahun?
        9. Anda sudah rancang belanjawan anda untuk tahun 2021?
        10. Bagaimana anda membuat persediaan kewangan untuk tahun 2021?
        11. Bagaimana anda rasa anda akan menguruskan wang anda pada tahun 2021?
        12. Apa yang anda perlukan untuk mempertingkatkan kewangan anda pada tahun 2021?
        13. Untuk tahun 2021, matlamat kewangan utama saya ialah untuk:
        14. Untuk tahun 2021, aspek kewangan yang paling membimbangkan saya ialah:
        15. Untuk tahun 2021, aspek kewangan peribadi yang mana yang anda ingin pelajari dengan lebih lanjut?
        clock.png

        Time is Up!

        Bahasa :

        • English
        • Bahasa Malaysia

        Ambil kuiz kami!



        Apakah personaliti kewangan Anda?

        Terbaru


        Apa gaya perbelanjaan anda?

        Bahasa :

        • English
        • Bahasa Malaysia

        Apakah personaliti Kewangan Anda?

        Cuba lihat sama ada anda seorang Boss Duit, Kadet Kewangan atau Budak Baru Belajar dengan mengambil kuiz ini!

        1. Dah nak dekat hujung bulan ni, dalam fikiran anda...
        2. Kalau anda saja-saja nak pergi membeli-belah, adakah anda….
        3. Kereta anda mengalami kemalangan dan anda perlu keluarkan wang sebanyak RM1,000 untuk membaikinya. Anda…
        4. Anda terima penyata kad kredit anda dan anda…
        5. Selepas berbulan-bulan menyimpan (memang betul, sikit -sikit, lama-lama jadi bukit), banyak juga wang yang terkumpul dalam akaun bank anda. Anda kemudiannya
        6. Anda membeli sebuah kereta baru (ya bayangkan saja - Toyota, Proton, atau BMW). Anda mengambil
        7. Anda seorang pelabur. Yang mana anda akan lakukan…
        clock.png

        Time is Up!