-
Pengenalan
-
Jom selami lagi topik ni...
Manfaat bekerjasama dengan platform e-hailing/digital
Ada platform digital tertentu (seperti Grab, Foodpanda, Lalamove) yang menyediakan faedah seperti rebat minyak, penyelenggaraan dan aksesori kenderaan, penjagaan kesihatan dan gaya hidup. Jadi, kalau anda bekerja untuk sebuah e-platform, semak sama ada terdapat manfaat yang anda boleh dapati seperti:
- Rebat minyak
- Perlindungan insurans
- Perlindungan PERKESO
- Diskaun untuk penyelenggaraan kenderaan
- Bayaran insentif tambahan
- Pilihan pembiayaan untuk peralatan elektronik dan barangan dapur melalui kerjasama dengan bank
Jika ditawarkan, syarat-syarat dan cara kerjasama tersebut dijalankan bergantung kepada platform yang digunakan, jadi pastikan anda bertanya dengan penyedia platform anda.
Untuk pelajari lebih lanjut tentang bagaimana anda boleh menguruskan kewangan sebagai seorang individu yang bekerja sendiri, anda juga boleh baca hantaran blog berikut:
Bagaimana merancang belanjawan anda
Patut ke anda letak simpanan anda dalam KWSP
Mendapatkan perlindungan kewangan dan perubatan daripada skim SESSS di bawah PERKESO