Kewangan Peribadi 101 untuk Golongan yang Bekerja Sendiri
Tidak seperti pekerja biasa, golongan yang bekerja sendiri tidak diambil bekerja sepenuh masa oleh mana-mana syarikat. Ini termasuk mereka yang bekerja sendiri, pemandu e-hailing dan pemandu penghantaran, pengendali inap desa dan pekerja bebas (freelance) yang membekalkan pelbagai jenis perkhidmatan seperti penulisan, reka bentuk grafik, pembangunan perisian dan lain-lain. Sekarang ini, terdapat lebih daripada 4 juta orang pekerja bebas dan 160,000 orang pemandu e-hailing di Malaysia.
Syarikat-syarikat dan pekerja biasa mesti mematuhi undang-undang yang terkandung dalam Akta Kerja 1955, yang meliputi perkara seperti gaji, gaji minimum dan simpanan persaraan mandatori dalam KWSP. Dengan cara tertentu, undang-undang memastikan bahawa pekerja dapat menikmati kestabilan kewangan.
Jadi, adakah ini bermaksud mereka yang bekerja sendiri juga boleh bergantung kepada Akta Kerja untuk mendapat bayaran yang setimpal dan menikmati kestabilan kewangan? Malangnya, jawapannya tidak.
Buat masa sekarang, belum ada undang-undang kerja yang komprehensif untuk golongan yang bekerja sendiri, terutamanya tentang perkara-perkara yang berkaitan dengan pendapatan dan simpanan untuk persaraan. Oleh itu, mereka yang bekerja sendiri menghadapi cabaran dalam merancang kewangan mereka untuk mencapai kestabilan kewangan dalam jangka masa panjang.
Namun, jika anda salah seorang daripada ramai rakyat Malaysia yang bekerja sendiri, masih ada pelbagai cara untuk menguruskan kewangan anda dan mengurangkan rasa stress walaupun anda tiada pendapatan tetap. Ini dapat dilihat daripada perkembangan ekonomi gig yang pesat pada hari ini. Baca lebih lanjut untuk tahu caranya!
(Nota: Bergantung kepada jenis dan kuantiti kerja yang anda lakukan sebagai seorang pekerja gig/bekerja sendiri, anda boleh tubuhkan sebuah milikan tunggal, perkongsian atau syarikat untuk memperbadankan perniagaan anda. Memperbadankan perniagaan mungkin melibatkan proses dan syarat yang lebih kompleks. Dalam Panduan ini, kami akan memberi fokus kepada pekerja gig/bekerja sendiri yang menjalankan kerja-kerja sebagai seorang individu.)

-
Pengenalan
-
Jom selami lagi topik ni...