Langkah 4: Isikan dan semak butiran anda
- Pastikan semua butiran peribadi yang diisi dalam borang adalah betul, seperti butiran untuk berhubung dan butiran bank.
- Isi butiran pendapatan mengikut jadual di bawah:
-
- Isi butiran pendapatan anda yang boleh didapati daripada Borang EA (Bahagian C merujuk kepada keseluruhan) (Jangan lupa memasukkan bonus anda juga!)
Nota: Jika anda ada sumber pendapatan yang lain, anda harus isi maklumat tersebut di sini juga.
Contohnya, untuk pendapatan sewaan, anda harus memasukkan pendapatan sewaan bersih yang diperoleh (setelah menolak bayaran cukai tanah, dan lain-lain). Jika anda ada memperoleh pendapatan melalui komisyen, anda perlu memasukkan butiran itu juga berdasarkan borang CP58 yang diberikan oleh syarikat yang membayar komisyen tersebut kepada anda.
- Isikan pelepasan cukai dan rebat yang anda layak tuntut. Untuk melihat senarai penuh pelepasan untuk tahun 2019 (bagi tujuan pemfailan dalam tahun 2020), sila klik di sini.
Pelepasan cukai boleh membantu mengurangkan cukai anda. Pastikan anda membuat tuntutan pelepasan cukai dengan betul dan jangan lupa simpan semua resit untuk pelepasan yang anda tuntut.
- Setelah anda isi semua maklumat, pergi ke bahagian ringkasan untuk semak jumlah cukai kena bayar anda untuk tahun tersebut.
- Setelah anda semak dan pastikan semua maklumat adalah betul, anda boleh tandatangan dan hantar borang anda.