Langkah 1: Daftar untuk fail cukai (untuk pembayar cukai kali pertama sahaja)
Mula-mula, anda perlu memohon untuk mendapatkan nombor rujukan cukai pendapatan di mana-mana pejabat LHDN. Atau, anda boleh daftar dalam talian melalui e-Daftar. Begini cara untuk mendaftar dalam talian:
- Pergi ke e-Daftar, klik Borang pendaftaran online dan isikan maklumat peribadi anda. Jangan lupa simpan nombor permohonan anda setelah anda menghantar permohonan, kerana LHDN mungkin meminta nombor itu daripada anda apabila anda pergi untuk mendapatkan nombor PIN anda.
- Setelah menghantar permohonan, anda perlu muat naik sekeping gambar kad pengenalan anda dalam tempoh 14 hari.
- Akhir sekali, pergi ke pejabat LHDN untuk dapatkan nombor PIN anda. Nombor PIN ini anda perlu gunakan untuk mendaftar/daftar masuk di laman web e-Filing LHDN.
Ada juga pilihan untuk mendapatkan nombor pin dalam talian, tapi ramai yang beritahu kami mereka tak berjaya mendapatkannya. Kalau anda ada maklumat tambahan tentang perkara ini, kongsikanlah dengan kami di sini.