-
Pengenalan
-
Jom selami lagi topik ni...
-
Pesanan berguna
-
Maklumat Tambahan
Apa cara untuk saya tingkatkan markah kredit saya?
Ada beberapa cara, seperti berikut:
- Bina sejarah kredit: Anda boleh pertimbangkan mengambil kad kredit supaya anda dapat menunjukkan sejarah pembayaran balik yang baik dan kadar penggunaan yang rendah. Walaupun anda hanya menggunakan RM30 sebulan, ia dapat membantu anda membina satu rekod prestasi.
- Bayar semua bil anda dan buat bayaran balik tepat pada masanya, atau lebih awal: Ini termasuk langganan pascabayar telefon mudah alih anda. Sebagai contoh, jika anda mempunyai tunggakan lebih daripada RM150 dengan syarikat telefon anda selama lebih daripada 6 bulan, mereka boleh mengeluarkan "rujukan perdagangan" yang menunjukkan jumlah tunggakan anda.
- Buat bayaran sebanyak yang boleh: Bayar seberapa banyak yang anda boleh jika anda benar-benar tak mampu langsaikan jumlah penuh tunggakan. Kurangkan perbelanjaan anda supaya anda boleh membayar lebih banyak pada bulan hadapan.
- Pohon kad kredit atau pinjaman baharu hanya jika anda betul-betul memerlukannya need them: Getting a credit card with a low credit limit would prevent your spending from getting out of control.
- Jangan gunakan kad kredit anda sehingga mencapai had maksimum yang dibenarkan: Semakin tinggi tunggakan kredit berbanding dengan had kredit anda, semakin rendah markah kredit anda. Secara am, jika jumlah pembayaran bulanan hutang anda melebihi 60% daripada pendapatan bulanan anda, permohonan pinjaman anda pada masa hadapan mungkin sukar untuk diluluskan.