-
Pengenalan
-
Jom selami lagi topik ni...
-
Pesanan berguna
-
Maklumat Tambahan
Apakah jenis laporan kredit yang ada?
Agensi pelaporan kredit yang berlainan akan mengeluarkan laporan kredit yang mengandungi maklumat yang berbeza-beza. Secara umum, berikut adalah beberapa jenis laporan kredit yang boleh didapati:
- Laporan kredit asas boleh didapati di cawangan Bank Negara Malaysia (BNM) atau secara atas talian melalui eCCRIS secara percuma. Ia akan menyenaraikan semua pinjaman tertunggak atas nama anda dan menyatakan sama ada mana-mana pinjaman ini berada di bawah pengawasan rapi institusi kewangan yang berkaitan (dikenali sebagai ‘Akaun Perhatian Khas’). Ia juga mengandungi maklumat tentang sebarang permohonan pinjaman yang anda buat dalam tempoh 12 bulan sebelum ini.
- Sesetengah agensi penarafan kredit juga menyediakan laporan kredit asas secara percuma yang mengandungi maklumat seperti butiran pengesahan identiti, pegangan jawatan pengarah dan kepentingan perniagaan, pengeluaran cek tendang, senarai perujuk perdagangan dan maklumat litigasi. Anda boleh mendapit laporan kredit secara percuma dari agensi pelaporan kredit seperti CTOS di sini.
- Sebagai alternatif, anda boleh membuat bayaran untuk mendapatkan satu laporan kredit lengkap dan menyeluruh yang mengandungi maklumat terperinci daripada kedua-dua poin 1 & 2. Selain itu, mereka juga boleh memberi anda ‘markah kredit’ yang mencerminkan kepercayaan kredit anda.