-
Pengenalan
-
Jom selami lagi topik ni...
-
Pesanan berguna
-
Maklumat Tambahan
Bagaimana saya boleh memahami laporan kredit saya?
Secara am, berikut adalah beberapa bahagian dari laporan kredit yang anda perlu tahu:
- Kredit tertunggak: Menyenaraikan baki kad kredit anda, baki pinjaman dan lain-lain jumlah kredit tertunggak setiap bulan. Bagi setiap bulan, satu nombor akan tertera untuk menunjukkan tempoh tunggakan bayaran anda. Sebagai contoh, jika ada ‘2’ di bawah bulan Jun, ini bermakna anda telah terlepas membuat bayaran untuk bulan April dan Mei.
Bahagian ini akan turut menunjukkan had kredit anda supaya bank anda boleh membandingkan berapa had yang telah anda gunakan. Sehingga 24 bulan selepas anda selesai membayar hutang, maklumat hutang tertunggak akan dikeluarkan secara automatik daripada laporan kredit anda.
- Akaun perhatian khas: Menyenaraikan pembekal kewangan yang sedang meneliti akaun anda kerana mereka merancang untuk mendapatkan kembali bayaran yang tidak dibuat, atau kerana hutang anda telah disusun semula.
- Permohonan kredit: Menunjukkan kredit yang anda pohon dalam tempoh 12 bulan yang lepas dan sama ada permohonan anda telah diterima atau ditolak.
- Kepentingan perniagaan dan pegangan jawatan pengarah: Menyenaraikan jika anda seorang pengarah dalam syarikat, seorang penjamin untuk pinjaman yang dibuat oleh syarikat anda, atau anda memiliki sebahagian daripada syarikat yang mempunyai hutang yang belum dijelaskan.
- Rujukan perdagangan: Menunjukkan jumlah hutang anda kepada pembekal (contohnya pembekal Internet). Sebagai contoh, jika anda tidak membuat bayaran RM150 untuk langganan pascabayar telefon mudah alih anda selama lebih daripada 6 bulan, satu rujukan perdagangan mungkin akan dimasukkan ke dalam laporan anda.
- Cek tendang: Menunjukkan sebarang cek anda yang telah ditendang. Anda sepatutnya boleh memasukkan komen untuk memberi alasan atau sebab: contohnya akaun telah ditutup.
- Kes undang-undang: Menyenaraikan sebarang kes undang-undang yang anda ada, sama ada kes yang anda mulakan atau kes yang dimulakan terhadap anda.
Berikut ialah contoh ringkasan laporan kredit CTOS.
Klik di sini untuk contoh laporan kredit penuh.
Masih perlukan maklumat tambahan? Sila layari laman web agensi pelaporan kredit yang berkaitan ((CCRIS) , CTOS atau agensi lain) untuk maklumat lanjut tentang bahagian-bahagian ini dalam laporan kredit.