-
Pengenalan
-
10 perkara yang anda mesti tahu
- Sebelum anda mula, tetapkan beberapa matlamat pelaburan
- Menyimpan dan melabur sekarang!
- Melabur dari awal untuk mengatasi inflasi dan mendapat faedah daripada pengkompaunan
- Melabur secara konsisten
- Seimbangkan risiko dengan pulangan
- Melabur dalam pelbagai produk, bukan hanya satu!
- Elakkan fi yang tinggi
- JANGAN jual dalam keadaan panik
- Jangan berhutang untuk melabur
- Berwaspada dengan komplot penipuan
- Kuiz: Pelaburan 101
Melabur dalam pelbagai produk, bukan hanya satu!
Melabur dalam beberapa jenis produk yang berlainan atau “mempelbagaikan portfolio anda”. Dengan mengagihkan pelaburan anda dalam beberapa produk yang berbeza-beza, dan tidak meletakkan kesemua wang anda dalam hanya satu produk, anda boleh menyebarkan risiko dan mengurangkan kebarangkalian akan kehilangan semua modal anda jika sesuatu yang buruk berlaku.
Sebagai contoh, anda laburkan RM1,000 untuk beberapa produk pelaburan, seperti melabur RM500 dalam Amanah Saham dan baki RM500 dalam produk pelaburan yang lain. Klik di sini untuk mengguna kalkulator kepelbagaian kami.
Untuk menerangkan tentang kepelbagaian, katakan anda telah mengagihkan pelaburan anda kepada 4 produk berbeza iaitu Amanah Saham, ETF, REIT, dan Saham. Pulangan keseluruhan anda tidak seteruk prestasi pelaburan anda yang paling rendah dan tidak setinggi prestasi pelaburan anda yang paling bagus.
Senario A:
Dalam senario A di atas, iaitu apabila anda mengambil keputusan untuk mengagihkan pelaburan anda, pulangan anda lebih tinggi berbanding dengan hanya melabur dalam ETF, tapi lebih rendah berbanding dengan hanya melabur dalam pasaran saham.
Dalam Senario B:
Jika anda hanya melabur dalam pasaran saham, anda akan mengalami kerugian besar. Dengan mempelbagaikan pelaburan, anda telah dapat membendung kerugian dan masih dapat menikmati sedikit pulangan.