-
Pengenalan
-
Jom selami lagi topik ni...
Kenapa nak melabur dalam Deposit Tetap?
Kalau tak ada masa atau tak ada pengetahuan kewangan asas untuk melabur dalam produk lain.Sebelum melabur dalam saham dan unit amanah, anda kena ada ilmu yang cukup dan patut membuat kajian dengan teliti. Berlainan dengan unit amanah atau saham, dengan Deposit Tetap anda boleh menikmati pulangan modal (sederhana) yang dijamin.
Kalau anda takut mengalami kerugian. Sebenarnya, Deposit Tetap ialah satu pelaburan bebas risiko kerana modal anda dijamin sehingga RM250,000. Apabila menyimpan dalam Deposit Tetap, dari mula lagi anda akan tahu berapa jumlah pulangan yang anda akan terima, serta berapa lama jangkamasa pelaburan anda. Ini tak sama dengan ciri-ciri pelaburan dalam pasaran saham.
Kalau anda mahu kepastian tentang pulangan anda. Bila menyimpan wang dalam Deposit Tetap, anda tak perlu risau tentang wang anda kerana anda akan tahu dengan tepat berapa jumlah pulangan anda. Jumlahnya mungkin lebih rendah daripada hasil pelaburan dalam pasaran saham, tapi sekurang-kurangnya anda tak ragu-ragu tentang pulangan yang akan diperolehi.
Kalau anda mahu mengakses wang anda dengan mudah. Berbanding dengan produk pelaburan lain, Deposit Tetap mudah dicairkan. Maksudnya, wang anda boleh dikeluarkan dengan cepat jika ada kes kecemasan atau jika timbul keperluan kewangan yang mendadak. Tapi ingat, kalau anda keluarkan wang anda lebih awal sebelum tempoh matang, anda mungkin akan hilang sebahagian atau kesemua faedah yang sepatutnya anda terima. Jadi, pastikan anda tahu syarat-syarat pengeluaran yang dikenakan oleh bank, supaya anda tak mengalami kerugian akibat kehilangan faedah.
Dan, apabila membandingkan pulangan Deposit Tetap dengan pulangan akaun simpanan.Memang Deposit Tetap memberi kadar yang lebih tinggi daripada akaun simpanan biasa tapi anda perlu tinggalkan wang anda di situ tanpa menggunakannya untuk tempoh masa yang telah dipersetujui.