-
Pengenalan
-
Jom selami lagi topik ni...
Bila anda patut beli rumah pertama anda?
Walaupun jumlah wang yang anda perlukan untuk membeli sebuah rumah bergantung kepada jenis rumah yang dipilih, anda boleh dianggap bersedia untuk membeli rumah sekiranya:
- Keadaan kewangan anda kukuh dan anda ada wang simpanan yang cukup untuk membuat bayaran muka;
- Anda mampu membuat bayaran balik bulanan; dan
- Anda sudah pun mengasingkan wang simpanan tertentu untuk tujuan kecemasan.
Faktor lain yang perlu dipertimbangkan termasuk:
- Sama ada anda mempunyai pekerjaan yang stabil;
- Lokasi rumah yang anda mungkin beli;
- Sama ada anda bersedia untuk tinggal di lokasi tersebut untuk tempoh yang lama; dan
- Sama ada anda bersedia secara mental untuk menggalas komitmen jangka panjang apabila memiliki rumah sendiri.
Jika anda boleh menjawab ‘ya’ kepada semua faktor di atas, nampaknya anda sudah bersedia untuk membeli rumah pertama anda.
Untuk membantu anda membuat keputusan, bacalah panduan kami dalam artikel Rumah Apa Yang Mampu Anda Beli.. Anda juga boleh menggunakan kalkulator kami untuk mengira berapa banyak wang yang anda perlukan untuk membeli sebuah rumah, berapa kos pendahuluan dan berapa jumlah bayaran balik bulanan.