-
Pengenalan
-
Jom selami lagi topik ni...
Ringkasan
-
Bila anda patut beli rumah pertama anda?
Anda patut beli rumah pertama anda bila simpanan anda sudah cukup untuk membuat bayaran pendahuluan serta membayar balik pinjaman bulanan rumah anda, dan anda masih ada baki wang simpanan untuk tujuan kecemasan.
-
Dapatkan ketenangan minda
Memiliki sebuah rumah memberi jaminan bahawa anda sentiasa ada tempat tinggal untuk berteduh. Ini lebih baik berbanding ketidakpastian yang wujud apabila kita tinggal di rumah sewa.
-
Manfaatkan wang anda
Apabila anda membayar pinjaman rumah setiap bulan, wang anda dibelanjakan untuk tujuan pemilikan rumah tersebut. Daripada membayar sewa bulanan yang tak memberikan apa-apa hasil, lebih baik anda membayar balik pinjaman yang akan membolehkan anda memiliki rumah atas nama anda sendiri.
-
Bina Kekayaan Anda
Secara am, harga hartanah akan naik dengan peredaran masa. Apabila anda membeli sebuah rumah dan mengekalkan pemilikan anda untuk jangka masa panjang, kemungkinan besar nilai rumah anda itu akan meningkat berbanding nilainya semasa anda mula-mula membelinya. Ini akan membantu meninggikan lagi nilai bersih anda.