-
Pengenalan
-
Jom selami lagi topik ni...
Manfaatkan wang anda
Sama ada anda menyewa atau membeli rumah, anda tetap perlu membuat bayaran bulanan. Bezanya ialah apabila anda membeli rumah, bayaran balik yang dibuat secara ansuran sebenarnya menyumbang kepada pemilikan rumah oleh anda. Jadi, sebenarnya bayaran balik pinjaman itu membolehkan anda menyimpan wang untuk memiliki rumah sendiri. Apabila anda sudah selesai membayar balik pinjaman rumah, pemilikan rumah tersebut akan ditukar kepada nama anda.
Rasa macam bijak tak?
Pada mulanya, mengambil pinjaman perumahan memang akan menambahkan hutang anda. Tapi, dengan andaian bahawa anda tidak akan menjual rumah anda itu untuk sekurang-kurangnya 30 tahun, jumlah pinjaman anda akan berkurangan apabila anda konsisten membayar pinjaman perumahan anda secara ansuran. Pada masa yang sama, bahagian pemilikan anda untuk rumah tersebut (equiti) yang pada mulanya lebih rendah, akan bertambah perlahan-lahan sehingga mencapai 100%.
Bayaran sewa ibarat aliran keluar wang daripada poket anda sahaja – Bila anda berpindah keluar, anda tidak akan mendapat apa-apa.
Membeli rumah pertama mungkin satu langkah yang agak menakutkan sebab prosesnya kadangkala mengelirukan. Namun, jika anda mahukan masa depan yang lebih terjamin dan ingin memanfaatkan wang anda, mungkin sudah tiba masa untuk anda membeli rumah pertama anda.