-
Pengenalan
-
Jom selami lagi topik ni...
Bina Kekayaan Anda
Membeli sebuah rumah akan membantu anda membina kekayaan, memandangkan harga hartanah selalunya meningkat untuk jangka masa panjang. Dengan andaian bahawa anda tidak akan menjual rumah anda untuk sekurang-kurangnya 30 tahun, harga rumah anda dijangka akan menjadi lebih tinggi daripada harga anda membelinya dahulu.
Meskipun harga rumah bergantung kepada faktor tertentu seperti keadaan ekonomi, bekalan dan permintaan hartanah, lokasi dan jenis hartanah, data yang diperoleh daripada Pusat Maklumat Harta Tanah Negara menunjukkan bahawa nilai purata rumah telah meningkat daripada RM100,000 pada tahun 1990 kepada RM450,000 pada tahun 2018.
Secara ringkas, apabila membeli rumah, anda patut mempertimbangkan trend jangka panjang harga hartanah dan beli rumah itu dengan tujuan untuk menyimpannya. Jangan membeli apabila harga rumah jatuh dengan harapan anda boleh mendapat keuntungan dengan menjualnya apabila harganya naik semula. Ini kerana harga hartanah boleh naik, turun atau kekal sama dalam jangka masa pendek ke sederhana, jadi sebenarnya amat susah untuk kita menduga bila masa yang bagus untuk membeli atau menjual.
Jika anda berminat untuk menganalisis data tentang hartanah di Malaysia, anda boleh layari laman sesawang Pusat Maklumat Harta Tanah Negara, yang menyiarkan pelbagai statistik termasuk harga hartanah, transaksi mengikut lokasi dan jenis hartanah.
Untuk mendapatkan maklumat berguna tentang pembelian rumah, bacalah artikel kami 8 Tip Berguna Apabila Membeli Rumah, dan panduan yang kami kongsi di Rumah Apa Yang Anda Mampu Beli. Jangan lupa gunakan kalkulator pinjaman rumah kami.