-
Pengenalan
-
Membeli insurans motor dan membuat tuntutan
Apa yang dilindungi di bawah polisi anda?
Apabila anda membeli insurans motor, anda kena tahu apa yang dilindungi di bawah polisi tersebut kalau berlaku kemalangan. Dalam sebuah kemalangan, ada tiga pihak yang terlibat: syarikat insurans, anda (iaitu ‘pemegang polisi’), dan kenderaan pihak ketiga serta penumpangnya (iaitu ‘pihak ketiga’).
Terdapat tiga jenis perlindungan:
-
- Komprehensif: Polisi ini akan menanggung kos kerosakan kedua-dua kenderaan (kenderaan anda dan juga kenderaan pihak ketiga), serta kecederaan yang dialami oleh pihak ketiga.
- Pihak ketiga dengan perlindungan kebakaran dan kecurian: Polisi ini menanggung kos kerosakan dan kecederaan yang dialami oleh pihak ketiga tapi tak memberi perlindungan kepada anda atau kenderaan anda. Walaubagaimanapun, kenderaan anda tetap dilindungi kalau berlaku kebakaran dan kecurian.
- Pihak ketiga saja: This covers damage and injury to the third party only, with no coverage for your vehicle.
Jenis-jenis insurans motor yang boleh didapati:
Komprehensif: (Juga dikenali sebagai Polisi Pihak Pertama) |
Perlindungan Tambahan/ Manfaat Pilihan untuk Polisi Komprehensif (Tertakluk kepada persetujuan syarikat insurans anda dan bayaran premium tambahan) |
Pihak Ketig (Juga dikenali sebagai Polisi Pihak Ketiga) |
Pihak Ketiga dengan Perlindungan Kebakaran & Kecurian (Juga dikenali sebagai Polisi Pihak Kedua) |
Kematian atau kecederaan yang berlaku kepada pihak-pihak lain | Cermin Depan Pecah sahaja | Kematian atau kecederaan yang berlaku kepada pihak-pihak lain | Kematian atau kecederaan yang berlaku kepada pihak-pihak lain |
Kerosakan kepada harta benda pihak lain | Kerosakan yang berlaku disebabkan oleh banjir, ribut taufan, tanah runtuh & bencana alam yang lain | Kerosakan kepada harta benda pihak lain | Kerosakan kepada harta benda pihak lain |
Kerugian/kerosakan kepada kenderaan anda disebabkan oleh Kecurian atau Kebakaran | Kerosakan kepada kenderaan anda disebabkan oleh Kerosakan akibat Niat Jahat atau Rusuhan, Mogok & Kekacauan Umum | N/A | Kerugian/kerosakan kepada kenderaan anda disebabkan oleh Kecurian atau Kebakaran |
Kerosakan kepada kenderaan anda disebabkan oleh kemalangan | Manfaat Kemalangan Peribadi dan Manfaat Perubatan untuk pemandu dan/atau penumpang | N/A | N/A |
N/A | Liabiliti kepada Penumpang | N/A | N/A |
N/A | Liabiliti kepada pihak ketiga disebabkan oleh Penumpang | N/A | N/A |
Sumber: piam.org.my