-
Pengenalan
-
Membeli insurans motor dan membuat tuntutan
Berapa kosnya?
Premium insurans untuk kenderaan anda bukan saja bergantung kepada kapasiti enjinnya. Di sini kami senaraikan semua faktor yang mempengaruhi premium yang anda perlu bayar:
- Profil risiko anda: Lagi tinggi jumlah tuntutan anda yang lepas, lagi tinggi premium yang anda kena bayar. Usia anda juga mempengaruhi profil risiko anda. Mereka yang berumur kurang daripada 25 tahun selalunya dianggap berisiko tinggi
- Nilai pasaran kenderaan anda
- Jenis insurans kenderaan yang anda beli (komprehensif vs pihak ketiga, sebarang penambahan kepada polisi anda)
- Kapasiti enjin kenderaan anda
Secara am, anda boleh anggarkan yang anda akan bayar lebih kurang jumlah yang berikut untuk satu polisi komprehensif yang asas. Anda boleh dapatkan anggaran kasar dengan menggunakan kalkulator insurans kereta seperti ini: https://www.oto.my/tool/car-insurance-calculator/
Kami masukkan nama beberapa jenama popular, dan ini hasil keputusan yang kami dapat (sebelum NCD):
Model Kenderaan |
Premium insurans tahunan |
2019 Toyota Vios 1.5 |
RM2,400 |
2019 Perodua Myvi 1.5 |
RM1,600 |
2019 Proton Saga 1.3 |
RM1,200 |
2014 Toyota Vios 1.5 |
RM1,400 |
2014 Perodua Myvi 1.5 |
RM1,050 |
2005 Toyota Avanza 1.3 |
RM750 |
Sumber: Kalkulator kereta Oto (oto.my) berdasarkan satu polisi insurans komprehensif