-
Pengenalan
-
Perkara yang kita patut tahu
Ringkasan
-
Anda perlu membayar sekurang-kurangnya 10% daripada bayaran muka. Bayar lebih jika anda mampu
Anda perlu membayar sekurang-kurangnya 10% daripada bayaran muka untuk membeli kenderaan baharu atau 15% daripada bayaran muka untuk kenderaan terpakai. Semakin tinggi jumlah bayaran muka anda, semakin rendah kadar faedah pinjaman anda.
-
Lebih singkat tempoh pinjaman, lebih murah untuk anda
Semakin singkat tempoh pinjaman, semakin kurang kadar faedah yang akan anda bayar untuk kenderaan itu (bayaran lebih murah dalam jangka masa panjang). Kalau boleh, cuba dapatkan pinjaman untuk tempoh maksimum 5 tahun.
-
Ambil kira pembelian besar pada masa depan seperti membeli rumah
Jika anda juga bercadang nak beli rumah dalam masa yang terdekat, pinjaman kereta akan mengurangkan jumlah wang yang anda boleh dapat daripada pinjaman perumahan anda. Rancang dengan bijak dan tentukan keutamaan anda!
-
Punca muflis kedua terbesar di Malaysia
Anda perlu membuat anggaran belanjawan dan ikut apa yang anda mampu supaya anda tidak berhadapan dengan risiko memungkiri pinjaman anda dan jatuh muflis!