-
Pengenalan
-
Perkara yang kita patut tahu
LANGKAH 5– Berapa yang anda mampu?
Guna kalkulator kami untuk membantu anda membuat keputusan.
Perkara berikut mudah dilupakan: nilai kenderaan yang anda beli akan menurun setiap tahun. Dengan kata lain, kenderaan ialah aset susut nilai.
Ikuti langkah-langkah di bawah untuk mengetahui NILAI SEBENAR yang anda mampu:
- Tentukan pendapatan bulanan bersih anda (iaitu pendapatan anda selepas ditolak cukai, KWSP, dan potongan PERKESO/SOCSO). Kemudian, tolak perbelanjaan anda setiap bulan, seperti pinjaman perumahan anda atau kos menyewa, bayaran balik pinjaman peribadi, kadar faedah kad kredit, bil utiliti, makanan, petrol dan kos tol, yuran pendidikan dan lain-lain.
- Kemudian, anda perlu tolak insurans, cukai jalan, kos penyelenggaraan dan perbelanjaan lain yang anda jangkakan untuk kereta anda (kami telah senaraikan perkara ini di atas!)
- Baki yang anda ada ialah jumlah yang anda mampu untuk bayaran balik bulanan kenderaan anda. Kebanyakan bank mempunyai garis panduan untuk menentukan sama ada mereka boleh meminjamkan wang kepada anda. Garis panduan umum memerlukan semua komitmen pinjaman anda (termasuk pinjaman yang dimohon) untuk berjumlah kurang daripada 60% pendapatan anda.
Minta bank sediakan pecahan pembayaran bulanan untuk sepanjang tempoh pinjaman. Maklumat ini sangat berguna supaya anda tahu dengan tepat jumlah hutang anda dengan bank dan tarikh pembayaran perlu dilakukan. Dengan cara ini anda tidak akan terlepas tarikh akhir pembayaran!
Artikel berkaitan: